Pages

Thursday, October 3, 2013

PROGRAM KEMBALI KE LANDASAN (2)

Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Disiplin SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Kembali Ke Landasan pada hari Rabu, 25 September 2013.  Program ini telah bermula pada puku 10.20 pagi dan berakhir pada pukul 1.20 petang.  Seramai 33 orang murid yang menghadiri program ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 6.  Antara objektif program ini adalah untuk:

  • Mengubah sikap murid dari negatif kepada positif.
  • Menyedarkan murid akan tujuan mereka hadir ke sekolah iaitu membina sahsiah diri, mendapat sijil akademik dan kokurikulum secemerlang mungkin dan belajar mematuhi peraturan atau disiplin sekolah yang telah ditetapkan.
                                             Urusetia yang menanti kehadiran peserta-peserta.


                                 Peserta-peserta yang sedang menanti ketibaan penceramah jemputan.


                                       Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Puan Siti Rabiah.



  Penceramah jemputan, Encik Muhd. Huzaimi bin Zaini.  Selain daripada penceramah motivasi,beliau juga     merupakan salah seorang pensyarah USIM dan ahli kumpuan nasyid yang terkenal,'nowseeheart'.


                                               Bacaan doa oleh adik Iman Firas bin Zulhazmi.


                                                 'Ice breaking' sebelum memulakan program.


                        Encik Muhd. Huzaimi sedang menerangkan sesuatu kepada peserta program.


                       Para peserta sedang tekun mengikuti aktiviti yang diberikan oleh penceramah.


          Salah seorang peserta yang sedang berusaha menyelesaikan tugasan yang diberi oleh
          penceramah.


                Salah seorang peserta yang sedang melengkapkan aktiviti semasa program dijalankan.


Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang hadir untuk menjayakan program ini.  Semoga program ini dapat memberi manfaat dan sebagai pemangkin kepada semua peserta untuk terus maju menjadi seorang murid yang cemerlang dan berdisiplin.



No comments:

Post a Comment