Pages

Thursday, November 14, 2013

PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2013
1.Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh               keputusanUPSR 2013 diumumkan

2.Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Semak   Semula

3.Borang Permohonan Semak Semula boleh di dapati di sekolahSektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan http://www.gov.my/lp

4.Permohonan Semak Semula perlu disertakan dengan satu salinan keratan peperiksaan UPSRmarkah peperiksaan percubaan sekolah dan salinan borang markah PEKA/PAFA (jika berkenaan) yang telah disahkan oleh Guru Besar. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Semak Semula tidak akan di proses.

5.Borang Permohonan Semak Semula yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Pengarah Peperiksaan di alamat berikut:
         Pengarah Peperiksaan
         Lembaga Peperiksaan
         Kementerian Pendidikan Malaysia
         Aras 7, Blok E11
         Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
         62604 Putrajaya
         (u.p: Unit UPSR)
6.Kadar bayaran semak semula ialah RM 10.00 bagi setiap mata pelajaran

7.Kaedah bayaran:

7.1Permohonan melalui pos:
a )Permohonan hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas  nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf  pada Borang  Permohonan Semak Semula supaya tidak tercicir. 
b)Cek persendirian tidak diterima

7.2Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:
 a)Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis atas  nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.
 b)Cek persendirian tidak diterima

8.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan dua sampul surat (11 cm x 22 cm) yang telah diletakkan setem 60 sen dan beralamat sendiri.

9.Borang Permohonan Semak Semula yang telah lengkap diisi, satu salinan keratan keputusan   peperiksaan UPSR, markah peperiksaan percubaan sekolah dan salinan Borang Markah  PEKA/PAFA (jika berkenaan) yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis  atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN dan dua sampul surat (11 cm x 22 cm) beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem 60 sen hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan "SEMAK SEMULA UPSR 2013" pada sudut atas kiri sampul surat tersebut.

10.Borang permohonan yang telah diterima selepas tiga puluh hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR 2013 tidak akan di proses

11.Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan

12.Keputusan Semak Semula akan dimaklumkan kepada pemohon melalui surat rasmi. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

13.Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada S/U Peperiksaan UPSR di talian 0192670322 (En. Jamil).




No comments:

Post a Comment