Pages

Friday, December 6, 2013

ZOOM A - ID DAN KATA LALUAN SEMENTARA BAGI TAHUN 1 2014 SAHAJA

SALAM SEJAHTERA.

Ingin dimaklumkan bagi ibu bapa murid Tahun 1 2014 yang telah membayar tempahan bagi Pembelajaran Secara Interaktif -ZOOM A, pihak sekolah tidak dapat membuat pendaftaran kerana data bagi murid Tahun 1 2014 tiada dalam sistem APDM (Aplikasi Data Murid). Ini kerana segala data murid bagi pendaftaran ZOOM A di ambil dari sistem tersebut.

Oleh yang demikian, pihak ZOOM A ada menyediakan ID dan KATA LALUAN sementara untuk pihak ibu bapa murid Tahun 1 2014 untuk membuat pendaftaran. Jika pihak ibu bapa mendaftar sendiri menggunakan ID dan KATA LALUAN sementara, ibu bapa boleh menetapkan sendiri ID yang dikehendaki serta melengkapkan maklumat pada borang. 

Pihak ibu bapa boleh dapatkan ID dan KATA LALUAN sementara dengan pihak sekolah. Boleh hubungi pihak sekolah di talian 019-6752004 atau datang terus ke pejabat sekolah untuk dapatkan ID dan KATA LALUAN sementara tersebut. 

Dapatkan ID dan KATA LALUAN sementara bagi murid dan juga ID dan KATA LALUAN sementara bagi pihak ibu bapa.  Pendaftaran bagi murid dan ibu bapa menggunakan langkah-langkah yang sama seerti dibawah.

Disini disertakan cara-cara untuk mendaftar:-


Oleh itu, pihak sekolah memohon maaf diatas sebarang kesulitan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

No comments:

Post a Comment