CERAMAH
PEMBENTUKAN MATLAMAT
& PENGURUSAN MASA
Ceramah
Pembentukan Matlamat dan Pengurusan Masa yang merupakan salah satu daripada
aktiviti Program Maju Diri telah diadakan pada 9 Januari 2014, bertempat di
Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Ceramah untuk
pelajar-pelajar tahun 4 dan 5 telah diadakan dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 8.30
pagi manakala ceramah untuk pelajar-pelajar tahun 6 telah diadakan dari pukul
8.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi.
Ceramah yang penuh informasi ini telah disampaikan oleh guru-guru iaitu Pn.Juli binti Mahbah, Pn.Norhafiza
binti Ismail, Pn.Nor Arzah binti Hussin dan Pn.Rozimah binti Yaakob.
Program
Maju Diri ini dijalankan pada setiap awal tahun dikhususkan pada semua murid
tahap 2. Program ini dijalankan untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid-murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri dalam
kalangan murid-murid. Semoga perkongsian yang diperolehi dapat
dimanfaatkan bersama.
Gambar-gambar
sepanjang program.
|
Murid-murid bersedia untuk mendengar ceramah |
|
Guru disiplin memberi nasihat sebelum ceramah bermula |
|
Para pelajar mendengar ceramah |
|
Murid-murid memberi perhatian kepada kandungan ceramah |
|
Guru-guru yang memberi ceramah |
|
Guru memberi ceramah |
|
Murid-murid mendengar ceramah |
|
Murid-murid memberi perhatian |
No comments:
Post a Comment