Pages

Wednesday, February 12, 2014

Kursus Asas kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya

Pelaksana      : Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dengan kerjasama Unit Bimbingan &   
                            Kaunseling serta Unit Kokurikulum
Program         : Kursus Asas Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya
Tarikh             : 12 Feb 2014
Masa               : 8.00 pagi – 9.00 pagi
   2.00 petang – 3.00 petang
Tempat           : Bilik Mesyuarat, SKTPP
Kumpulan Sasaran: Ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
                       
Objektif          :          
  1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
  2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
  3.  Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.



TAHNIAH diucapkan kepada 60 orang ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya sesi pagi dan sesi petang yang telah hadir mengikuti Kursus Asas Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya. Kursus ini merangkumi cara-cara berkomunikasi dengan berkesan. Teknik ini diperlukan kepada ahli PRS dalam membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling mencapai matlamat untuk membantu murid-murid sekiranya menghadapi sebarang kesukaran ketika berada di sekolah.  Kesukaran yang dimaksudkan meliputi bidang akademik, disiplin, kerjaya dan mungkin juga yang melibatkan institusi kekeluargaan. Oleh sebab itu, ahli PRS perlu mempunyai teknik dan cara komunikasi yang berkesan dalam menghadapi situasi persekitaran di sekolah pada hari ini. Tahniah sekali lagi diucapkan

Antara papapran menarik sepanjang pelaksanaan kursus tersebut

Sesi pendaftaran ahli Kelab PRS

Tekun mendengar taklimat yang diberikan

Peserta menjalankan aktiviti untuk merehatkan minda sepanjang kursus berlangsung



Antara hasil yang diperolehi oleh peserta sepanjang mengikuti kursus




Harapan kami, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya agar kursus ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan sebagai pendedahan dan pengukuhan kepada ahli-ahli kelab pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment