LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-8 (SESI PAGI)
GURU-GURU YANG BERTUGAS
§ Encik Ahmad Musrizuan
§ Encik Mohd Kamarul
§ Puan Visva Vilasini
§ Puan Norliza
§ Puan Parimala
§ Puan Nor Shuhada
§ Puan Norhayati
LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan
doa dan ikrar
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri
Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu
Bakar.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan
Jalan Raya dipimpin oleh Puan Parimala.
4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Aniq Iqbal
bin Zulkarnain.
Laporan/Ulasan
guru bertugas minggu lepas (Encik Hafiz
bin Md Nor)
1. Murid-murid sentiasa berlari untuk menuju
ke kantin dan bilik-bilik khas.
Murid-murid sepatutnya beratur dan berjalan dalam barisan menuju ke
destinasi.
2. Sewaktu perhimpunan, ramai pelajar yang
tidak ikut arahan guru. Murid-murid
sepatutnya memberi tumpuan kepada arahan dan pesanan yang disampaikan.
3. Murid-murid
yang membeli minuman dalam bungkusan semasa waktu rehat, adalah dilarang untuk
membawa bungkusan tersebut keluar dari kantin.
Pengumuman
pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
PPKI
Pertama: Apple Kedua: Dell Ketiga: Lenovo
Tahun 4
Pertama: 4 Delta Kedua: 4 Beta Ketiga: 4 Gamma
Tahun 5
Tahun 6
Pertama: 6 Seraya Kedua: 6 Almon Ketiga: 6 Keruing
Ucapan guru bertugas
1. Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada
minggu ini.
2. Tema minggu ini ialah Kebersihan Fizikal dan Mental.
3. Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri
dan kebersihan persekitaran. Kebersihan
mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.
4. Pelajar-pelajar perlulah sentiasa menjaga
kebersihan diri, persekitaran, memastikan pertuturan dan kelakuan yang sopan
serta pemikiran yang sihat dan membina.
Pelajar-pelajar adalah diingatkan supaya:-
·
berpakaian kemas dan bersih
·
berambut kemas dan bersih
·
menjaga kebersihan badan
·
bercakap dengan sopan
·
tidak bercakap tentang perkara yang
jahat
·
membuang sampah di dalam tong sampah
·
kerjanya kemas dan teratur
·
menyimpan barangnya dengan kemas dan
teratur
Penyampaian Sijil Penghargaan Perlawanan Persahabatan
Bola Jaring
Sijil
penghargaan perlawanan persahabatan bola jaring telah diberikan kepada
pemain-pemain bola jaring pasukan sekolah.
Perlawanan bola jaring 4 penjuru telah berlangsung pada hari Khamis, 13
Februari 2014, dari pukul 3.00 petang hingga pukul 6.00 petang. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah
Kebangsaan Taman Putra Perdana(SKTPP), Sekolah Rendah Agama Salak Tinggi,
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (1) dan
Sekolah Kebangsaan Putrajaya. Dalam perlawanan ini, SKTPP telah berjaya menjadi
johan.
Penyampaian Hadiah Kejohanan Boling Tenpin MSSD untuk
pelajar-pelajar PPKI
Hadiah
dan sijil telah diberikan kepada semua pemenang
Kejohanan Boling Tenpin MSSD. Kejohanan Boling Tenpin ini telah dijalankan
pada 11 Februari 2014 yang lepas.
Kumpulan lelaki telah mendapat tempat kedua dan keempat manakala
kumpulan perempuan telah Berjaya mendapat tempat keempat dan kelima.
Perkataan LAWAD
1. Bahasa
Malaysia : belantan – kayu kecil yang diguna untuk
memukul
2. Bahasa Inggeris : moan – mengerang
Ucapan Guru
Penolong Kanan Pentadbiran
1. Puan
Siti Habsah menekankan budaya memberi salam.
Murid-murid dinasihati untuk memberi salam apabila berselisih dengan
guru-guru.
2. Kerusi pelajar tidak mencukupi. Oleh yang demikian, murid-murid dinasihatkan
untuk menggunakan kerusi dengan cara yang betul supaya kerusi tidak rosak,
sebaliknya dapat digunakan untuk masa yang lebih lama.
3. Pelajar-pelajar perlu menampal memo-memo
yang diberikan kepada murid-murid dalam buku komunikasi dan ditunjukkan/dimaklumkan
kepada ibu bapa atau penjaga. Baru-baru
ini, pihak sekolah telah menerima banyak panggilan daripada ibu bapa berhubung
maklumat-maklumat yang telah pun dimaklumkan melalui memo. Diharapkan, pelajar-pelajar tidak mengulangi
perkara yang sama pada masa akan datang.
4. Beliau memaklumkan nama guru besar yang
baru, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
No comments:
Post a Comment