Pages

Monday, February 10, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MUNGGU KE 7



         LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PAGI MINGGU KE-7
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 
SESI PAGI MINGGU KE-7

Tarikh: 10 Februari 2014
Hari: Isnin
Masa: 7.20 pagi

Guru Bertugas
1. Puan Rosmawati Mad Desa (k)
2. Encik Jamillulail b. Mohd Junit
3. Puan Jamilah bt. Mohd Yusof
4. Puan Zainur Jimmah bt. Abdullah
5. Puan Asma bt. Abdul Malik
6. Puan Roslina Jafar
8. En. Hafiz Md Noor


Laporan 
1. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
2. Bacaan doa oleh adik Shahrizal Rahmat.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Jamillulail b. Mohd     Junit. 
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah, Aniq Iqbal.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustaz Mahadir Encik bin Midun:-
·         Membeli makanan di kantin semasa waktu rehat
Pelajar – pelajar diingatkan agar tidak memotong barisan dan melawan arus semasa membeli makanan kerana akan menyusahkan pelajar-pelajar lain. Hal ini akan menyebabkan pinggan dan nasi akan tertumpah sekiranya berlaku tolak menolak.
·         Membuat bising di kantin
Pelajar juga diingatkan agar tidak membuat bising semasa berada di kantin dan sewaktu membeli makanan. Pengawas dikehendaki mencatatkan nama pelajar yang membuat bising.
·         Waktu solat zohor pada hari rabu
Ramai lagi pelajar yang masih tidak bersolat pada hari rabu. Solat akan dimulakan pada jam 1.45 pm dan semua pelajar dikehendaki berada di dewan putra untuk bersolat. Guru-guru juga diwajibkan bersolat bersama pelajar.
·         Membuang sampah diatas telefon awam
Ada beberapa orang pelajar yang membuang sampah diatas telefon awam semasa berada di kantin sekolah. Pelajar perlu mengawal displin agar tidak melakukan perkara yang tidak baik dan merosakkan harta benda awam. Pelajar perlu membuang sisa-sisa makanan di dalam tong yang disediakan.

6. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Rosmawati Mad Desa)
    i)  memperkenalkan guru-guru bertugas
    ii) tema: Menjaga Kesihatan diri
  • Minum air yang mencukupi .
  • Memakai pakaian yang bersih dan menjaga kebersihan diri dan pakaian.
  • Basuh tangan sebelum makan atau selepas keluar dari tandas.
  • Sentiasa bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  • Sentiasa bangun pada awal pagi dan mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah.
7. LAWAD
    - BM: colek     = sedikit sangat
    - BI: practise   = latihan
    - BA: Rokfun  = rak

9. Keceriaan kelas mingguan
·         PPKI     -    Johan - Ienovo        N/Johan -    Apple              Ketiga- Compaq

·         Tahun 4-    Johan -   4 Delta       N/Johan -    4 Omega         Ketiga- 4 Zeta

·         Tahun 5-    Johan -   5 Wira        N/Johan -    5 Savvy           Ketiga- 5 Alza

·         Tahun 6-    Johan -   6 Almon     N/Johan -  6 Seraya          Ketiga- 6 Balau


10. Penyampaian sijil bagi Pertandingan  Bola Jaring 3 Penjuru
·         (Seperti yang tertera dalam laporan dibawah)

·                    Johan : SK Taman Putra Perdana
·                  Naib Johan : SK Puchong Utama 1
·                 Ketiga : Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi

8. Taklimat disiplin oleh Pn. Parimala
·         Kedatangan ke sekolah
Bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah mereka diingatkan agar memberikan surat tunjuk sebab. Sekiranya sakit, pelajar dikehendaki menunjukkan sijil cuti sakit. Sekiranya pelajar tidak hadir berturut-turut maka surat amaran pertama  dan kedua akan dihantar. Sehinggalah surat amaran ketiga dihantar, pelajar mungkin akan diambil tindakan buang sekolah.

9. Pengumuman.
    a) Peptalk hari ini - Tahun 6 Almond, 6 Keruing dan 6 Balau
    b) Penggunaan makmal komputer
  • Makmal komputer 1 - kelas 6 Seraya
  • Makmal komputer 2 - kelas 6 Meranti
  • Makmal komputer 3 - kelas 4
   10. Ucapan Penolong Kanan  Kokurikulum
·         Budaya memberi salam
Perlu dimulakan dan disemai. Pelajar perlu memberi salam ataupun ucapan  selamat sejahtera kepada guru-guru atau pelawat dari luar agar ia menjadi satu budaya kita.
·         Selepas solat zohor pada hari rabu
Pelajar diingatkan supaya tidak menjerit- jerit selepas solat zohor dan tidak perlu berlari- lari. Semua pelajar dikehendaki bersolat secara berjamaah.
·         Keadaan cuaca yang panas
Pelajar dinasihatkan agar membawa air minuman yang lebih dalam keadaan cuaca yang agak panas. Bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
·         Demam denggi
Pelajar perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan kesihatan terutamanya apabila demam. Sila dapatkan segera rawatan jika terdapat tanda-tanda  demam yang panas dan segera ke hospital. Selangor mencatatkan kawasan atau negeri yang paling banyak di landa demam denggi dan ianya sangat merbahaya dan pelajar diingatkan agar sentiasa berwaspada.


Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.15 pagi.


No comments:

Post a Comment