Pada hari Khamis malam Jumaat 13 Mac 2014, SKTPP telah mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yaasin fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 sempena UPSR tahun 2014. Seramai 153 orang ibu bapa yang telah hadir untuk menjayakan majlis tersebut. Pendaftaran bermula pada pukul 7.00petang dan majlis berakhir pada pukul 10.00malam. Majlis dimulakan dengan solat maghrib, bacaan Yaasin, solat hajat dan solat isyak yang diimamkan oleh Ustaz Wan Ahmad Amini bin Wan Mohamad, dari Sri Furqan, Seksyen 17, Shah Alam. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh beliau.
Objektif Program:
- memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk kejayaan.
- murid dapat mengetahui keperluan sebagai seorang hamba Allah untuk memohon hajat serta pertolongan daripada Allah.
- membentuk jati diri muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa ketika menghadapi peperiksaan.
- merapatkan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa.
Gambar sekitar majlis.
|
Pendaftaran Ibu bapa |
|
Ucapan ringkas dari YDP PIBG, Tn. Hj. Khiarul Azhar B. Mohd Sufian |
|
Ibu bapa yang turut hadir bagi menjayakan majlis |
|
Calon UPSR 2014 |
|
Ucapan dari Guru Besar Pn. Rohaidah Binti Mohd Ali |
|
Calon UPSR 2014 |
|
Penceramah motivasi, Ustaz Wan Ahmad Amini bin Wan Mohamad |
|
Guru Besar bersama ibu bapa membaca Yaasin |
|
Bacaan Yaasin oleh anak-anak bersama ibu bapa |
|
Solat hajat |
|
Solat hajat |
Semoga calon-calon UPSR 2014 tenang menghadapi peperiksaan UPSR dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.
Disediakan oleh:
Zainur Jimah binti Abdullah & Norhamizah binti Hamzah
No comments:
Post a Comment