Pages

Tuesday, April 1, 2014

LAPORAN PEHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 13 SESI PETANG (31 MAC - 4 APRIL 2014)

Tarikh: 31 Mac 2014
Masa: 1:20 - 2:00
Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

GURU-GURU YANG BERTUGAS
  1. Pn. W. Rosmawati binti W. Ibrahim
  2. Pn. Suhaizan binti Sukiman
  3. Pn. Ezza Hairani binti Zainuddin 
  4. Pn. Jumilah binti Ahmad
  5. En. Afandi bin Mat Zain
  6. Cik Noor Azlinda binti Kasmin
Laporan / Ulasan
Nyanyian, bacaan doa, ikrar
  1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn. Salmi Amir
  2. Bacaan doa : Adik Najwan Danish dari kelas 2 Anestesiologi
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Jumilah binti Ahmad
  4. Bacaan ikrar murid : Adik Hurin Batrisyia
Laporan guru bertugas minggu lepas - Pn. Siti Maziah

  1. Murid perlu ada sikap bertanggungjawab dengan mengutip sampah yang ada di sekeliling mereka terutama di dalam kelas. Pastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum belajar supaya dapat belajar dengan selesa.
  2. Ketika rehat atau beratur ke bilik-bilik khas murid-murid tidak berlari bagi mengelakkan jatuh dan cedera.
  3. Dataran Perhimpunan adalah kawasan larangan murid-murid tidak dibenarkan lalu atau bermain-main di kawasan tersebut.
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  1. Tahun 1: Tempat Pertama: Canang,    Tempat Kedua: Bonang,       Tempat Ketiga: Seruling
  2. Tahun 2: Tempat Pertama : Surgeri     Tempat Kedua: Kardiologi   Tempat ketiga: Hematologi
  3. Tahun 3: Tempat Pertama : Marikh,    Tempat Kedua: Musytari,     Tempat ketiga: Utarid
Ucapan guru bertugas - Pn. Jumilah binti Ahmad
  1. Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini
  2. Perkataan lawad pada minggu ini - Bahasa Melayu - Membelai - mengusap-usap Bahasa Ingeris - Queue - barisan Bahasa Arab  السعادة - bahagia 
  3. Tema pada minggu ini adalah kitar semula
  • kitar semula dapat memupuk nilai mencintai alam sekitar dan menghargai keindahan alam sekitar
  • meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada murid-murid pentingnya amalan kitar semula
  • memupuk semamgat kerjasama dan menerapkan amalan kitar semula
  • memberi info kepada murid tentang bahan buangan yang boleh dikitar semula
  • melatih murid mempraktikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian
Ucapan Disiplin - Pn Arnny Yusnita
  1. Murid mesti memastikan  tanda nama dan lencana ada pada baju masing-masing. 
  2. Murid perempuan yang berambut panjang mesti memastikan rambut diikat dengan menggunakan getah rambut yang berwarna hitam sahaja.
  3. Murid tidak digalakkan memakai sling beg yang berwarna-warni. Cukuplah sekadar beg dompet sahaja.
  4. Pemakaian tali leher - murid perlu memastikan tali leher yang dipakai kemas dan mengikut cara yang betul.
Ucapan dari PK Petang - Pn. Rosmah binti Jamat

  1. Amalan "memboo" murid lain adalah tidak sopan. Murid-murid perlu menghormati pemenang dengan memberi tepukan kepada pemenang.
  2. Barisan murid beratur semakin baik tetapi perlu baiki dengan beratur mengikut ketinggian murid dengan rendah di depan dan tinggi di belakang.
  3. Murid-murid perlu menjaga diri dan menghindari dari melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan diri sendiri 
Nyanyian Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu sekolah dipimpin
oleh Pn Salmi binti Amir
Bacaan doa dari adik Najwan Danish 

Pemenang kelas terbersih   Tahun 3 Marikh

Murid tekun mendengar taklimat dan penerangan daripada
guru bertugas

Ucapan PK Petang


No comments:

Post a Comment