Pages

Tuesday, April 8, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 14 SESI PETANG (7 APRIL - 11 APRIL 2014)

Tarikh: 7 April 2014
Masa: 1:20 - 2:00
Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

GURU-GURU YANG BERTUGAS
1.            Pn. Norazian binti Mat Anuar
2.            Pn. Salina binti Mohd. Tasu
3.            Pn. Rozimah binti Yaakob
4.            Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussin
5.            Pn. Norlida binti Othman
6.            En. Mohd. Zainudin bin Kalam

Laporan / Ulasan
Nyanyian, bacaan doa, ikrar
1.            Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan
         Pn. Salmi Amir
2.            Bacaan doa : Adik Muhammad Daniel Syamin
3.            Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Salina binti Mohd Tasu
4.            Bacaan ikrar murid : Adik Hurin Batrisyia

Laporan guru bertugas minggu lepas - Pn. Suhaizan binti Sukiman

1.            Murid tidak dibenarkan merayau-rayau ketika pergi ke tandas.
2.            Murid-murid diminta menyimpan nombor telefon ibu bapa/ penjaga di dalam beg bagi
         tujuan kegunaan pada waktu kecemasan.

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
1.            Tahun 1: Tempat Pertama: Seruling,    Tempat Kedua: Bonang,       Tempat Ketiga:
Nafiri
2.            Tahun 2: Tempat Pertama : Respiratori,    Tempat Kedua: Surgeri,   Tempat ketiga:
Kardiologi
3.            Tahun 3: Tempat Pertama : Uranus,    Tempat Kedua: Musytari,     Tempat ketiga:
Marikh

Ucapan guru bertugas - Pn. Salina binti Mohd Tasu
1.            Perkataan lawad pada minggu ini - Bahasa Melayu - Gamam – terkejut,  Bahasa
Inggeris - Straight – lurus dan  Bahasa Arab Mimhatun - pemadam 
2.            Tema pada minggu ini adalah Gaya Hidup Sihat
·                     Gaya hidup sihat bermaksud cara hidup yang sihat.
·                     Bagaimana cara kita untuk memastikan kita kekal sihat dan cergas?, Diantara amalan yang
 boleh kita praktikkan adalah bersenam /berjoging atau melakukan senaman ringan.
·                     Menjaga pemakanan iaitu mengambil makanan seimbang mengikut piramid makanan.
·                     Elakkan mengambil makanan segera sepeti makanan ringan, gula-gula dan aiskrim kerana
makanan tersebut mempunyai kandungan garam, gula dan bahan pengawet yang tinggi.
·                     Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas
sehari.
3.          Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.

Program 5 Minit Dadah – En. Wan Mohd. Roswandy bin Wan Ibrahim

1.            Maksud dadah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti
         menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya.  
2.            Penggunaan yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga,          masyarakat dan negara.
3.            Secara kesimpulannya kita perlu menjauhkan diri dari dadah kerana ia musuh negara.

Pengumuman - Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussin
  • Aktiviti kokurikulum pada minggu ini dijalankan seperti biasa iaitu Unit Beruniform.

Perhimpunan rasmi ditamatkan pada pukul 2.00 petang.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan dijalankan.

Bacaan Doa oleh Adik Syamin
Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hurin Batrisyia

 Murid-murid khusyuk mendengar ucapan dari Pn. Salina

 Laporan guru bertugas minggu lepas

 Penyampaian hadiah kelas terbersih

 Barisan guru bertugas minggu ini

 En. Wan Mohd Roswandy menyampaikan maklumat berkaitan 5 minit dadah

 Murid-murid mendengar maklumat berkaitan 5 minit dadah

Pn. Nik Rosmaliza membuat pengumuman berkaitan aktiviti kokurikulum
minggu ini.


No comments:

Post a Comment