Pages

Friday, April 18, 2014

MAJLIS PERPISAHAN PUAN SITI HABSAH DAN PUAN NORANISMAWATI

Hari: Jumaat
Tarikh: 18 April 2014
Masa: 7.30 pagi 
Tempat: Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana


Pada hari Jumaat, 18 April 2014 adalah hari terakhir bagi Puan Siti Habsah bt Ahmad bertugas sebagai Penolong Kanan 1 dan Puan Noranismawati bt Mohd Faudzi sebagai guru di SK Taman Putra Perdana. Ini kerana Puan Siti Habsah bt. Ahmad akan menjalankan tugas sebagai Guru Besar di SK Pulau Meranti serta Puan Noranismawati bt Mohd Faudzi akan berpindah ke PPD Sepang sebagai Pegawai Pendidikan Swasta. 

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis, diikuti dengan ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Rohaidah bt Mohd Ali. Seterusnya ucapan perpisahan dari Pn. Siti Habsah bt Ahmad dan Pn. Noranismawati bt Mohd Faudzi. Ucapan yang terakhir adalah dari YDP PIBG; Tn. Haji Khairul Azhar Sufian. Setelah itu, majlis diteruskan dengan acara bersalaman antara Pn. Siti Habsah bt. Ahmad dan Pn. Noranismawati bt. Mohd Faudzi dengan murid Tahun 4, 5 dan 6. 

Tiada kata seindah bahasa, oleh itu pantun diganti sebagai ucapan dari kami.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.

Gunung bintan lekuk ditengah 
Sayang penyengat kubunya tiga. 
Hancur badan dikandung tanah. 
Budi kusanjung kuingat juga. 

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur diujung dahan, 
Atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi,
Puji syukur serta terima kasih kami ucapkan. 

Pn. Siti Habsah bt. Ahmad
Pn. Noranismawati bt. Mohd Faudzi

 Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung.

Kenangan bersama yang diraikan































Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Pn. Siti Habsah dan Pn. Noranismawati atas sumbangan terhadap SK Taman Putra Perdana sepanjang perkhidmatan. Budi dan jasamu puan, akan kami kenang sehingga ke akhir zaman. Semoga ikatan silaturrahim antara kita akan terus terjalin merentasi masa. 

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment