Pages

Monday, June 16, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-22 Sesi Pagi

Tarikh     : 16 Jun 2014
Masa       : 7.30 - 8.30am
Tempat   : Dataran Perhimpunan

Guru-Guru Bertugas :
1.  En. Mahadir Bin Midun
2.  Pn Ainul Balkish Bt Mohd Aris
3.  Pn Rosmaria Bt Idris
4.  Pn Roseniza Bt Setapa
5.  Pn Noor Azila Bt Ngah
6.  Pn Nurliza Bt Ab Rahman
7.  En Zurilazman Bin Abdullah
8.  Nor Azura Bt Mustafa
Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.

1.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn      Astina Bt Mahad Nor
2.Bacaan doa : Adik Muhammad  Shahrizal Bin Rahmat
3.Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Pn Roseniza Bt Setapa
4.Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nor Syifa bt. Kadir
1.Tahap kebersihan kawasan sekolah (kelas)
    Tahap kebersihan kawasan sekolah kurang memuaskan terutamanya bilik darjah.
     
Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
-         - Di tangguhkan.

Ucapan guru bertugas pada minggu ini. (Pn Roseniza Bt Setapa)
   1.Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
   2.Pesanan untuk murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR.
   3.Perkataan lawad pada minggu ini:
          · Bahasa Melayu- Kecindan/Kecandan ( jenaka/gurau senda )
          · Bahasa Inggeris - Wobble ( Bergoyang-goyang )
          · Bahasa Arab  -  Sibaahatun ( Berenang)
   3. Penggunaan makmal 
          · Makmal 1 - 6 Cengal
          · Makmal 2 – 4 Beta
          · Makmal 3 – 5 Exora

4. Tema pada minggu ini ialah Semangat Kesukanan
 Murid perlu menanam semangat kesukanan dengan cara menyertai setiap acara yang dipertandingkan dan member sokongan kepada pasukan masing-masing.
- Kalah dan menang adalah adat dalam sesuatu pertandingan.
- Sukan yang dianjurkan diharapkan dapat merapatkan hugbungan silaturahim antara    murid-murid dan juga guru-guru.

Ucapan daripada Guru Disiplin (Shahrizal b. Yaam)
-      Mengucapkan selamat kembali ke sekolah.
-      Pesanan tentang 2 perkara :
1.    Bermula minggu ini (kecuali Rabu dan Sabtu) dan minggu hadapan, kita adakan latihan sukan. Mula latihan selepas tamat perhimpunan pagi sehingga jam 10.00 pagi. Murid tahun 4, 5 dan 6 akan rehat serentak iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi dan selepas itu murid hendaklah beratur di tapak perhimpunan dan masuk ke kelas untuk meneruskan p&p.
2.    Pakaian – semua murid dikehendakki memakai pakaian sukan yang dibenarkan ataupun pakai baju warna putih sepanjang minggu latihan sukan. Jersi bola tidak dibenarkan.
Diingatkan jangan ada murid yang mengambil kesempatan untuk tidak mengikuti latihan sukan yang dijalankan.

Ucapan dari pihak pentadbir (Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali – Guru Besar)

- Mengucapkan tahniah kepada semua murid kerana hadir pada hari ini’
- Memperkenalkan guru baru :
o   Ustazah Azizah Bt. Mokhlas- PK KOKU yang baru (dari SK Pulau Meranti)
o   Pn. Nurul Iman- Guru PPKI (dari Pulau Pinang)
- Memohon agar pelajar dapat memahami dan menghayati setiap ikrar yang dilafazkan.
- Meminta supaya semua pelajar mengikut arahan guru rumah sukan masing-masing sepanjang minggu latihan.
- Pesanan untuk murid-murid tahun 6 – walaupun terlibat dengan sukan, jangan sampai lupa akademik yang lain. Murid yang tidak terlibat dengan sukan, akan ada program untuk mereka.
- Jadilah murid yang serba boleh sebagaimana hasrat KPM.
- Makluman tentang Hari Jalinan Mesra yang akan diadakan pada hari Rabu (sesi pagi : jam 8 pagi-12 tengahari. Sesi petang jam 2-5 petang).
- Makluman kepada semua ibubapa untuk melanggan easy sms yang diusahakan oleh pihak sekolah.
- Memaklumkan bahawa sekolah kita akan menyertai pertandingan PPDa peringkat Negeri Selangor 2014 - semua murid & guru perlu hafal visi dan misi PPDa sekolah
-Jaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya
- Akhir sekali, beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.

No comments:

Post a Comment