Pages

Friday, July 4, 2014

Program Guru Penyayang (Mentor Mentee bulan Julai 2014)


Tajuk:  Restu Illahi
Tarikh: 4 Julai 2014 (Jumaat)
Masa:  7.30 hingga 8.00 pagi (30 minit)
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Peralatan: Buku Panduan Yassin
Objektif:
1.      Menggalakkan mentee berdoa kerana amalan berdoa disukai oleh Allah
2.      Mendekatkan diri kepada Tuhan
3.      Mengimbas kembali kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan
Aktiviti:
1.      Mentor- mentee akan memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan diikuti dengan membaca zikir munajat di mana bacaan ini akan diketuai oleh Mentor atau Ketua Mentee.
2.      Mentor-mentee membaca surah Yassin secara berjemaah dan beradab
3.      Mentor atau Ketua Mentee atau wakil mentee membaca doa penutup Yassin
4.      Majlis diakhiri dengan nasyid Asmaul Husna, berzikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Falsafah:
          Latihan pembinaan potensi manusia perlu kepada penelitian terhadap tiga konsep penting: muhasabah dan mujahadah untuk dijadikan landasan bagi peningkatannya. Oleh yang demikian, zikir dan doa menjadi sumber kepada pembinaan potensi manusia di samping pencetus kepada ketenangan jiwa ke arah pemantapan dan peneguhan iman.

*Nota: Murid non-muslim berkumpul di Pusat Sumber bersama Pn Parimala,  Pn Visva, Pn Jamuna dan En Srimahathevan.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Mentee membaca surah Yassin secara berjemaah

Barisan mentor

No comments:

Post a Comment