Pages

Tuesday, August 19, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu 31 (Sesi Petang)

Tarikh   : 18 Ogos 2014
Masa : 1.20 – 1.50 petang
Tempat   : Dewan Perdana

Guru Bertugas
1. Pn Suzelawai bt Zakaria
2. Pn Nor Arzah bt Hussin
3. Pn Azizah bt Ab Hamid
4. Pn Saadiah b Busrah
5. En Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir
b) Bacaan doa diketuai oleh Najwan Danish Danial b. Izwan Fazli (2 Anestesiologi)
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh En Wan Mohd Roswandy b Wan   
    Ibrahim
d) Ikrar Murid oleh Hurin Batrisya Amani bt Ahmad Junaidi Doiniljalalaini (3 Zuhal)

Ucapan guru bertugas Pn Nik Rosmaliza bt Nik Hussain
1. Murid diingatkan supaya tidak berlari-lari semasa waktu rehat dan juga semasa ke bilik-bilik khas.
2. Bermula minggu ini murid-murid perlu memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan    
    bersih daripada sampah sarap. Sikap ambil peduli perlu diterapkan dalam diri setiap murid.

Tema Mingguan : Semangat Patriotisme
Patriotisme bermaksud sikap membela dan mencintai tanah air demi kemakmuran tanah air.
Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa yang bersatu padu.
Mengibarkan jalur gemilang adalah simbol kepada cintakan Negara. Bendera adalah lambing Negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara kan dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat.

Perkataan LAWAD
1. Bahasa Malaysia : Wangi  - Harum
2. Bahasa Inggeris  : Dinner – Makan Malam
3. Bahasa Arab       : Ana     – Saya

Keceriaan Kelas
1. Tahun 1 : Pertama  – Bonang
                   Kedua     – Seruling
                   Ketiga     – Nafiri

2. Tahun 2 : Pertama  – Hematologi
                   Kedua      – Anestasiologi
                   Ketiga      – Surgeri

3. Tahun 3 : Pertama  – Uranus
                   Kedua     – Utarid
                   Ketiga     – Zuhrah

Program 5 Minit Dadah 
(Disampaikan oleh En Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim)

1.Ganja atau nama saintifiknya adalah Cannabis Sativa merupakan tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat.
2.Terdapat beberapa jenis ganja misalnya kanabis herba, resin getah kanabis dan minyak     
    hashish.
3.Pengambilan ganja boleh mengakibatkan kesan kepada organ di dalam badan misalnya   
   paru-paru, otak, jantung, hati dan organ pembiakan.
i) Paru-paru         : Radang paru-paru,barah paru-paru, sakit dada dan lelah
ii) Bahagian otak : Kurang daya kawalan keseimbangan, kurang daya ingatan, mudah marah                                                   dan gila
iii) Jantung            : Kadar denyutan meningkat, mengubah fungsi jantung dan aliran darah                                                        terjejas
iv) Hati                  : Menekan pengeluaran enzim dalam hati
v) Organ pembiakan : Ketidakseimbangan hormon

Ucapan Penolong Kanan Petang
1. Peringatan kepada murid agar tidak bermain di tempat wuduk kerana dikhuatiri akan            
    berlaku perkara yang tidak diingini memandangkan keadaan di tempat tersebut sentiasa      
    basah. 
2. Murid juga diingatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dan kelakuan terutamanya  
   selepas rehat. Mohon guru-guru berada 3 minit lebih awal untuk mengambil murid-murid  
   selepas waktu rehat.
3. Memaklumkan pada Sabtu ini bersamaan 23 Ogos 2014 sekolah ganti untuk perayaan    
  Deepavali akan diadakan. Semua murid perlu hadir ke sekolah seperti biasa dan mengikut   jadual hari Isnin.

Gambar semasa perhimpunan dijalankan


Pengacara Majlis (En Wan Mohd Roswandy)

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah

Bacaan Doa

Bacaan Ikrar

Bacaan Ikrar Murid
Laporan guru bertugas oleh Pn Nik Rosmaliza

Penerangan 5 Minit Dadah oleh En Wan Mohd Roswandy
Ucapan oleh Pn Rosmah bt Jamat (Guru Penolong Kanan Petang)
Disediakan oleh,
Arzah Hussin

No comments:

Post a Comment