Pada 11 Ogos
2014, Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2014 telah diadakan. Majlis pelancaran
ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji
Ahmad Fuadi bin Sarham, Penolong Kanan Kurikulum SK Taman Putra Perdana.
Sambutan
Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini merupakan satu program tahunan di
sekolah ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang
pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan di kalangan
murid-murid. Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat
cinta dan sayang akan negara kita.
Objektif program adalah seperti berikut:
i) Menyemai semangat cinta akan negara
ii) Menyemai semangat 1Malaysia.
iii) Memupuk
dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv) Menerapkan nilai-nilai murni seperti
cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
v) Sebagai
kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan
mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Berikut
merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan sempena Sambutan Hari
Kemerdekaan Dan Hari Malaysia :
1) Pra sekolah : Nyanyian
2) PPKI :
Pakaian beragam
3) Tahun 1 :
Mencipta kad kemerdekaan
4) Tahun 2 :
Pakaian beragam
5) Tahun 3 : Koir
6) Tahun 4 : Koir
7) Tahun 5 : Reka cipta bahan terbuang : Tema : Kejayaan
Malaysia
8)
Tahun 6 : Kuiz
Merdeka
Gambar-gambar
sekitar majlis pelancaran :
Ucapan oleh Pn. Nurliza bt Ab Rahman
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Ahmad Fuadi bin Sarham
Burung Merpati : Simbolik kebebasan
Tuan Haji Ahmad Fuadi membebaskan burung merpati sebagai simbolik kebebasan
Penyerahan bendera
Nyanyian lagu "warisan"
Guru-guru juga bersemangat mengibarkan jalur gemilang
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Juli bt Mahbah
No comments:
Post a Comment