Masa : 1.20 – 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
1. Puan Nor Suriati binti Ismail
2. Puan Salmi binti Amir
3. Puan Zabedah binti Othman
4. Puan Azura Farina binti Abdullah
5. Puan Nor Maziah binti Abd. Malek
6. Cik Zalina binti Ismail
1. Laporan
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Salmi binti Amir.
- Bacaan doa oleh adik Najwan Danial b. Izwan Fazli (2 Anestesiologi).
- Ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Zalina binti Ismail
- Ikrar Murid oleh adik Hurin Batrisyia Amani bt. Ahmad Junaidi Doiniljalani (3 Zuhrah)
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Yusnita binti Yunus
- Semua murid perlu mengambil berat tentang kebersihan diri, kelas dan sekitar kawasan sekolah. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua.
- Pastikan suis kipas dan lampu mesti ditutup apabila meninggalkan kelas.
3. Laporan Guru Disiplin, Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji
- Menyatakan minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2014. Murid-murid akan mula bercuti pada 22 November 2014 hingga 4 Januari 2015.
- Menggunakan masa cuti sekolah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
- Memaklumkan pada hari Khamis, 20 November 2014 akan diadakan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah.
- Mengingatkan kepada semua murid agar sentiasa mengekalkan tahap disiplin pada tahap yang terbaik. Sentiasa menjaga disiplin semasa di dalam dan di luar bilik darjah.
- Kepada semua murid lelaki, diingatkan supaya sentiasa berambut pendek dan kemas.
Berikut adalah rakaman gambar sepanjang perhimpunan berlangsung
No comments:
Post a Comment