Majlis penghakiman Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor di SK
Taman Putra Perdana telah diadakan pada hari Selasa, 4
November 2014. Penghakiman ini telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai Khas Dadah PPD seluruh negeri Selangor. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Kastam dan IPD Sepang.
Majlis penghakiman ini
merupakan satu pengiktirafan kepada warga sekolah yang terlibat dengan setia
dan jayanya dalam usaha membanteras dadah musuh negara. Selain itu
pertandingan seperti ini telah dapat menerapkan dalam diri murid serta warga sekolah agar sentiasa bebas daripada dadah sesuai dengan slogan yang sinonim kami iaitu SKTPP Benci Dadah.
Berikut sekitar penghakiman Bilik Sumber
PPDa tersebut...
Disediakan oleh: Hasliza Bt Said
No comments:
Post a Comment