Permata Insan merupakan sebuah program yang ditubuh khas di
Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan
pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia.
Falsafah kewujudannya ialah berorientasikan keilmuan Islam yang berasaskan
sumber asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Fokus utama dalam program yang
dirancangkan di bawah akademi ini adalah pembangunan modal insan dalam kalangan
kanak-kanak berumur lapan (8) tahun yang berkebolehan tinggi atau pintar
memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam
kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan sains, teknologi, matematik dan
sebagainya serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan
kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi melalui kesepaduan ilmu aqli dan
naqli.
Program Permata Insan merupakan kesinambungan dan perluasan daripada Program Permata Negara yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Program ini juga telah dilancarkan secara rasminya oleh Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri sendiri di Universiti Sains Islam (USIM) pada 12 Mac 2010.

Dengan tertubuhnya sebuah akademi seperti ini,
pastinya dapat membantu dan mempertingkatkan lagi usaha kerajaan untuk
memperluaskan pendidikan kepada kanak-kanak dari awal usia dan sekaligus
membantu kanak-kanak pintar ini menentukan halatuju masa depan mereka dengan
lebih jelas.
Hasil daripada ujian yang telah diduduki TAHNIAH diucapkan kepada dua orang murid SKTPP dari tahun dua yang berjaya dipilih ke PERMATA INSAN sesi 2014 iaitu:
1. Hana Saffiyah bt Mohd Hairil Izzuan
2. Hanna Safea bt Rashid
2 murid Permata Insan yang terpilih bagi tahun 2014
No comments:
Post a Comment