Pages
▼
Tuesday, January 13, 2015
Senamrobik PMD
Pada 14 Januari 2015, bersamaan hari Rabu telah diadakan satu program senamrobik sebagai salah satu daripada aktiviti di dalam Program Maju Diri (PMD) sebagaimana diarah oleh KPM. Semua guru SKTPP dan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 terlibat dengan program ini. Ianya telah berlangsung dari jam 7.30 pagi - 8.30 pagi di tapak perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Program telah dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan oleh En. Jamillullail. Guru-guru lain yang terlibat adalah Pn. Norazian dan Pn. Nor Azura selaku guru pembimbing di sepanjamg program. Program ini telah dijalankan dengan lancar dengan pelajar-pelajar kelihatan sungguh bersemangat melakukan senamrobik tersebut.
Berikut adalah sebahagian foto perjalanan program tersebut...
No comments:
Post a Comment