Guru- guru Bertugas:
1. Pn.Salina bt Tasu (Ketua)
2. Pn.Suzelawati bt Zakaria
3. Pn.Norlida bt Othman
4. Pn.Azizah bt Hamid
5. Pn.Ezza Hairani bt Zainuddin
6. Ustaz Ahmad Zunaidi bt Janalabin
Atur cara
Nyanyian (Dipimpin oleh Pn.Salmi bt Amir)
- Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
Bacaan Doa
- Najwan Danish Danial bin Izwan Fazli (3 Surgeri)
Bacaan Ikrar Rukun Negara
dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
- Pn.Salina bt Tasu
Bacaan Ikrar Murid
- Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
-
Pn. Zabedah bt Othman
1. Beliau mendapati murid masih lagi membuang
sampah merata-rata seperti di dalam longkang dan di dewan. Beliau berharap mulai
minggu ini murid-murid membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.
2. Beliau memaklumkan mengenai barangan yang hilang
dan tidak dituntut pada minggu lepas seperti botol air, dompet dsb. Barangan
yang tidak dituntut akan diserahkan pada guru bertugas pada minggu ini.
Ucapan Guru Bertugas minggu ini
-
Pn. Salina bt Tasu
· 1. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
· 2. Perkataan LAWAD: BM -
Membantu BI– House (Rumah) B.ARAB
– ‘Ainun(Mata)
· 3. Tema Minggu ini: Peraturan Sekolah
- Murid diminta mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di sekolah seperti berlari-lari semasa menaiki tangga.
- Murid diminta mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di sekolah seperti berlari-lari semasa menaiki tangga.
Pengumuman – Kokorikulum pada minggu ni berjalan
seperti biasa iaitu UNIT BERUNIFORM.
Ucapan
Guru Disiplin - Pn.Wan Sarinah
1. Murid dibenarkan menunggang basikal hingga ke tempat letak basikal.
- Beliau mengingatkan murid supaya berhati-hati semasa menunggang basikal
yang melalui kawasan tempat letak kereta guru dan berkemungkinan ada guru akan mengundur kereta mereka.
2. Murid perempuan yang tidak memakai
tudung hanya dibenarkan menggunakan pengikat rambut atau skaf rambut berwarna hitam,
putih dan berwarna biru gelap sahaja. Warna selain daripada itu adalah tidak dibenarkan.
Penyampaian Cenderamata kepada Peserta
Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang yang telah berlangsung di Dewan SMK Putra
Perdana minggu lepas
Adik Nur Alin Sazlin (3 Respiratori) Johan Kategori Individu Bawah 12 Tahun Kejohanan Ping Pong MSSD |
Ucapan PK Petang SKTPP - Pn. Rosmah bt
Jamat
1.
Memaklumkan Selasa 3 Februari 2015 adalah Cuti Umum Thaipusam.
2.
Beliau meminta murid membaca Banner Motivasi yang tergantung di tiang-tiang dewan perdana mengenai adab-adab sebagai murid sekolah.
Pn.Rosmah bt Jamat |
Ucapan Guru Besar SKTPP - Pn.Hjh Rohaidah bt
Mohd Ali
1.
Beliau memaklumkan semua murid perlu hadir ke sekolah kecuali sakit dan ada hal-hal
kecemasan.
2.
Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibubapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada hari Sabtu lepas. Beliau
berharap semua ibubapa dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG akan datang. Beliau
memaklumkan bayaran sumbangan PIBG SKTPP masih kekal iaitu sebanyak RM50.00 per keluarga.
3.
Beliau juga memaklumkan bahawa masih terdapat ibubapa yang menunggu anak di
sekolah dan menghantar makanan pada waktu rehat. Beliau menasihatkan agar murid–murid di sekolah terutamanya murid Tahun 1 dapat berdikari seperti membeli makanan di kantin dsb.
Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali |
Perhimpunan
rasmi mingguan berakhir pada jam 2.05 petang.
Disediakan oleh:
Pn. Suzelawati binti Zakaria
3 Februari 2015
No comments:
Post a Comment