Pages

Monday, February 16, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan Ke-6 (Sesi Pagi)

 1.0 Guru-guru bertugas:
       Pn Nur Zainon bt Razali
       En Zurilazman bin Abdullah
       Pn Siti Rabiaah bt Mohammad
       Pn Nurul Iman bt Ilyas
       Pn Rosmizawati bt Yusub
       Pn Ainul Balkhish bt Mohd Aris

2.0 Atur cara
      2.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
      2.2 Bacaan doa
      2.3 Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
      2.4 Bacaan ikrar murid 

3.0 Laporan guru bertugas minggu lepas(Pn.Maimunah bt Yob)
      3.1 Pelajar dingatkankan supaya memasuki sekolah melalui pintu pagar B. Pintu pagar A hanyalah guru dan pelajar berbasikal sahaja namun masih ada pelajar yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
      3.2 Pelajar juga diminta memasukkan pinggan dan mangkuk ke dalam bekas yang disediakan selepas makan.
      3.3 Pelajar diminta berkumpul di dewan perdana selepas waktu loceng tamat rehat.
      3.4 Didapati masih ramai pelajar yang tidak memberi salam apabila berjumpa dengan guru.Oleh yang demikian, murid dapat memberi salam sebagai tanda hormat kepada guru.
      3.5 Kebersihan kelas: Masih banyak kelas yang kotor dan membiarkan tong sampah dipenuhi dengan sampah. Diharap pelajar dapat bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru kelas.
4.0 Laporan guru bertugas mingguan(Pn Nur Zainon) 
      4.1 Tema pada minggu ini adalah Hormat Kepada Ibu Bapa.
      4.2 Ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab membawa kita ke dunia. Mereka memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Tanpa mereka maka tiadalah kita di dunia ini. 
      4.3 Kita perlulah sentiasa menghormati ibu bapa.Antara cara kita menghormati ibu bapa adalah seperti berikut: 
            a) Berusaha menjadi anak yang sentiasa menurut kehendak ibu bapa.
            b) Sentiasa menjaga nama baik keluarga
            c) Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar daripada ibu bapa.
            d) Berusaha bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
            e) Sentiasa membantu meringankan beban ibu bapa.
            f)  Mendahulukan suruhan dan perintah agama disamping sentiasa mendoakan mereka.
            g) Berusaha untuk menggembirakan mereka.

 5.0 Perkataan LAWAD
       BM~ Datar         = permukaan rata
       BI  ~ Songwriter = pencipta lagu
       BA ~ As-Sama   = langit

6.0 Ucapan Pn Roslina bt Jafar(Penyelaras PPKI)
       5.1 Mengingatkan agar surat sumbangan yang diedarkan diserahkan kepada ibu bapa. Setiap satu keluarga perlu membayar RM50.Ini bertujuan untuk aktiviti sekolah yang diadakan.
       5.2 Cuti tahun Baru Cina akan bermula pada 18hb Februari. Oleh itu pelajar diharap dapat menggunakan masa terluang dengan sebaiknya dan penuhilah dengan perkara yang berfaedah.
       5.3 Pelajar juga dingatkan supaya dapat menjaga keselamatan diri sepanjang bercuti.

Barisan guru bertugas minggu ini
Adik Iffah Firzanah selaku ketua pengawas sedang melafazkan bacaan ikrar sekolah 

Murid-murid berikrar dengan penuh semangat
Pn Maimunah menyampaikan laporan bertugas minggu lepas
Pn Roslina bt Jafar selaku Penyelaras PPKI menyampaikan ucapan

No comments:

Post a Comment