Guru-guru bertugas:
1. Encik Ahmad Zunaidi (Ketua)
2. Encik Jamilullail Mohd Junit
3. Puan Mazzaini Muda
4. Puan Norasmawati Omar
5. Puan Nik Kamisah Mohd Aziz
6. Puan Jamilah Yusof
7. Puan Zailezah Sardi
8. Puan Zuraini Ismail
Laporan / Ulasan
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh adik Aina Hadlina (6 Waja)
- Bacaan doa diketuai murid.
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Jamillullail Mohd Junit
- Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Iffah Firzanah (6 Wira)
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Encik Musrizuan)
- Menegur tentang sikap murid-murid yang tidak mengambil berat tentang kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
- Semua murid perlu minum air yang banyak memandangkan keadaan cuaca yang agak panas.
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Puan Zailezah Sardi)
- Tema pada minggu ini adalah Budaya Memberi Salam atau ucapan sejahtera kepada guru tetamu, rakan dan orang yang lebih dewasa.
- Membiasakan diri dengan memberi salam atau ucap selamat sesama rakan.
- Ucapan salam atau salam sejahtera perlu diucap mengikut anutan agama masing-masing.
- Budaya memberi salam merupakan tanda hormat kepada guru, ibu bapa, tetamu atau orang yang lebih dewasa.
- Adab memberi salam merupakan budaya yang perlu diamalkan oleh setiap murid.
- Mengumumkan minggu ini merupakan minggu peperiksaan PKSR 1 yang bermula pada 3 Mac 2015.
Ucapan guru bertugas
4. Majlis Pelancaran Program Jaulah Imtiyaz
- Majlis pelancaran Program Jaulah Imtiyaz oleh Panitia Bahasa Arab.
- Program ini bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan agar lebih mengenali keindahan alam sekitar.
- Majlis Program Jaulah Imtiyaz ini dirasmikan oleh Puan Rohaidah Bt Mohd Ali.
Guru Besar merasmikan pelancaran Program Jaulah Imtiyaz
Gambar sekitar pelancaran program.
5. Ucapan Guru Disiplin (En. Shahrizal Bin Yaam)
- Mengucapkan tahniah kepada pengawas sekolah kerana kecemerlangan yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga akhir bulan Februari.
- Pemeriksaan mengejut secara dalaman.
ii) Kekemasan diri - masih terdapat murid yang berambut panjang dan kuku panjang.
- Murid juga diingatkan supaya tidak membawa peralatan yang tajam dan telefon bimbit ke sekolah
- Jika ada murid yang melanggar peraturan dengan membawa telefon bimbit ke sekolah akan dirampas dan disimpan sehingga hujung tahun.
6. Aktiviti kokurikulum.
- Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform akan diadakan seperti biasa.
- Aktiviti kokurikulum pada aminggu hadapan akan ditangguhkan.
7. Ucapan Guru Penolong Kanan (Encik Ahmad Fuadi Sarham)
- Semua murid perlu bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan sekolah dan bilik darjah.
- Memastikan murid hadir esok untuk menjawab soalan PKSR 1.
- Mengingati semua murid supaya memastikan alat tulis dibawa ke sekolah.
- Mengingatkan semua murid supaya jangan mengusik atau bermain berdekatan dengsn kereta guru-guru kerana didapati terdapat kereta guru yang tercalar
8. Perkataan Lawad.
- BM : menguli/meramas
- BI : doctor / doktor
- BA : Segitiga
No comments:
Post a Comment