Pages

Saturday, April 25, 2015

Program Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR

Pada 25 April 2015, Unit Gemilang UPSR SKTPP telah mengadakan Program Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu di Dewan Perdana. Program ini adalah untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada bulan September 2015 nanti. Program ini diadakan untuk murid-murid tahun 6 sebagai pendedahan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan. Program ini akan diteruskan dengan mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.


Objektif  program ini ialah:

i)  Mendedahkan murid kepada teknik menjawab soalan UPSR dengan betul bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

ii) Memberi bimbingan dan panduan dalam persediaan menghadapi UPSR.

iii) Mendedahkan serta mengajar murid tentang pelbagai kemahiran dan teknik belajar yang berkesan.

iv) Memupuk budaya belajar yang positif dan memotivasikan murid ke arah kecemerlangan.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dijalankan :

                                                 
                                                      Pendaftaran murid-murid Tahun 6



Semoga program ini akan dapat memberi pengukuhan kepada murid-murid Tahun 6 untuk digunakan dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Berikut adalah tarikh Program Teknik Menjawab bagi mata pelajaran UPSR :

Sains                     -  28  April  2015
Matematik            -    9  Mei  2015
Bahasa Inggeris    -    2  Jun  2015


Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Unit Gemilang UPSR 

No comments:

Post a Comment