Pages

Tuesday, April 28, 2015

Program Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR

Pada 28 April 2015 ,Unit Gemilang UPSR  SKTPP telah menjalankan Program Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR. Program ini dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dijalankan di bilik mesyuarat. Kumpulan 1 bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan kumpulan 2 pula dari pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Teknik Menjawab Kertas Sains ini disampaikan oleh Cikgu Johari.

Program ini berjaya mengukuhkan lagi tahap pemahaman murid dan memberi pendedahan teknik-teknik yang lebih berkesan untuk diaplikasikan oleh murid-murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan dan seterusnya dalam Peperiksaan UPSR pada bulan September 2015 nanti.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program ini dijalankan:







Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Unit Gemilang UPSR

No comments:

Post a Comment