Hari : Isnin
Tarikh : 15 Jun 2015
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Guru Bertugas :
- Hafiz Md Noor (K)
- Siti Masra Abd Kadir
- Norazian Mat Anuar
- Parimala Vengadaslam
- Norsiah Mohd Noor
- Norziani Zubir
- Nurulhuda Abdullah
- Noor Hanawati Alinda
Laporan:
- Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar :
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
- Bacaan doa dipimpin oleh Adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar
- Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norazian Mat Anuar
- Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi pagi Adik Iffah Firzanah binti Zulhazmi
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nor Hamizah Binti
Hamzah)
- Mengucapkan syabas kepada murid -murid kerana menjaga kebersihan kelas. Kebanyakan bilik darjah bersih dan murid -murid menjalankan tugas mengikut jadual tugas.
3.0 Ucapan Guru Bertugas (Puan Norazian Mat Anuar)
- Puan Norazian Mat Anuar memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi boleh berhubung dengan guru-guru yang bertugas.
- Beliau memberi info tentang tema Kepentingan Kehidupan Berdisiplin. Beliau menegaskan mengenai kepentingan murid-murid datang ke sekolah pada waktu yang tepat. Menasihatkan murid-murid jangan datang lewat ke sekolah.
- Kepentingan menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditepatkan. Elakkan meniru kawan.
- Mengurus masa dengan bijak, elakkan menyiapkan tugasan secara tergesa-gesa.
4.0 Pertandingan Kebersihan Kelas
PPKI
- Kelas Compaq
- Kelas Dell
- Kelas Lenovo
Tahun 4
- 4 Musytari
- 4 Neptun
- 4 Pluto
Tahun 5
- 5 Zeta
- 5 Theta
- 5 Sigma
Tahun 6
- 6 Waja
- 6 Myvi
- 6 Exora
Perkataaan LAWAD :
Bahasa Melayu – menongkah (melawan arus)
Bahasa Inggeris – climb (mendaki)
Bahasa Arab – tolibun (murid lelaki)
5.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran ( Tuan Haji Ahmad Fuadi Bin Ahmad Sarham)
- Mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan Penggal 2.
- Memberi ucapan mengenai ibadah puasa yang akan dijalani pada hari Khamis.
- Mengingatkan murid-murid tahun 6 supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Kelas tambahan seperti biasa dalam bulan puasa.
- Meminta murid-murid memastikan kebersihan kelas kerana persekitaran yang bersih mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan tenang.
- Akan diadakan pada minggu ini pada bila-bila masa.
- Murid-murid dinasihatkan supaya tidak panik dan takut. Diminta untuk beratur di luar kelas bersama guru. Seterusnya ke padang sekolah.
- Murid-murid hendaklah sentiasa peka dengan loceng yang akan dibunyikan.
- Murid-murid dinasihatkan mengikut peraturan semasa latihan kebakaran.
No comments:
Post a Comment