Pages

Wednesday, July 8, 2015

Program Jejak Kecemerlangan Fasa 1 (2015)

Hari ini telah berlangsung Program Jejak Kecemerlangan Fasa 1 bagi tahun 2015. Program ini merupakan program khas Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Unit Disiplin untuk murid-murid yang terpilih dari Tahun satu hingga enam. Seramai 15 orang murid berjaya mengikuti aktiviti dan ceramah yang telah disampaikan oleh Tn. Haji Mohd. Haswandi bin Ahmad sehingga tamat. Program ini telah diadakan selama 2 jam,  bermula pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyedarkan murid-murid akan tujuan utama mereka hadir ke sekolah iaitu membina sahsiah diri, mendapat sijil akademik dan kokurikulum secemerlang mungkin dan belajar mematuhi peraturan / disiplin sekolah yang telah ditetapkan. Semoga program yang singkat ini mampu menjadi pemangkin dan seterusnya memupuk semangat murid-murid yang terpilih ini untuk lebih cemerlang dari segi sahsiah dan akademik .

Berikut adalah gambar-bambar yang sempat dirakamkan semasa program dijalankan.

 Pn. Arnny Yusnita memperkenalkan Tn. Haji Mohd Haswandi selaku penceramah 
kepada peserta program

 Sesi memperkenalkan diri

Aktiviti membuat kapal kertas. Siapa paling pantas mendapat hadiah duit raya dari penceramah

 Gelagat peserta semasa sesi ceramah

 Antara akujanji peserta sebelum program tamat

Ucapan terima kasih Puan Rohaidah kepada penceramah semasa majlis penutup program

No comments:

Post a Comment