Hari: Isnin
Tarikh: 3
Ogos 2015
Masa: 1.20 – 1.50 petang
Guru
bertugas:
1. Puan
Zabedah binti Othman
2. Puan Tuan
Nor’ Ain binti Tuan Azhar
3. Puan
Jumilah binti Ahmad
4. Puan
Shurhama binti Ahmad
5. Puan
Maizara binti Mahat (cuti bersalin) diganti oleh Cik Amirah Hazuanie binti Mohd
Zaidi
6. Puan
Rabihah binti Amirudin
7. Ranjiny
a/p Rajah
|
Barisan guru - guru bertugas pada minggu ini
Tiada di dalam gambar : Puan Tuan Nor'Ain, Cik Amirah dan Puan Ranjiny. |
Laporan
1.0
Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
Nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi
Amir.
Bacaan
doa dipimpin oleh adik
Ikrar
Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Shurhama binti Ahmad.
Ikrar
murid Ketua Pengawas sesi petang adik Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz.
|
Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nuraneesa |
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan
Nurazlin binti Mohd Nor)
Beliau
menasihatkan murid-murid supaya menghormati guru-guru terutama ketika guru
berada di dalam kelas untuk mengajar. Ini kerana terdapat segelintir
murid-murid bermain-main di dalam kelas ketika sesi pembelajaran berlangsung.
Beliau
juga menasihatkan murid-murid agar tidak terlalu bergembira bergurau senda
sehingga berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kecederaan.
|
Peringatan daripada Cikgu Nur Azlin |
3.0 Laporan Guru Bertugas (Puan Shurhama
binti Ahmad) Beliau memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau
memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang
dihadapi boleh berhubung dengan guru bertugas.
Beliau
juga memberi info tentang tema yang bertajuk faedah menabung bersempena dengan
hari raya yang baru berlalu, di mana murid-murid mendapat duit raya, hendaklah
disimpan di dalam tabung atau bank apabila telah penuh.
4.0 Penyampaian Hadiah Kebersihan
Tahun 1
Pertama - Vanadium
Kedua - Aurum
Ketiga - Ferum
|
Tempat pertama: 1 Vanadium |
Tahun 2
Pertama -Angklung
Kedua -Tabla
Ketiga -Gambus
|
Tempat pertama: 2 Angklung |
Tahun 3
Pertama - Surgeri
Kedua - Obstetrik
Ketiga - Pediatrik
|
Tempat pertama: Tahun 3 Surgeri |
5.0 Taklimat Pusat Sumber Sekolah oleh Puan
Arrny Yusnita
Beliau menggalakkan murid-murid
supaya pergi ke Pusat Sumber Sekolah untuk membaca
buku-buku bagi menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga menerangkan cara-cara menyimpan buku-buku di dalam kotak bacaan
dengan betul. Beliau juga
menasihati murid-murid agar dapat menjaga buku-buku dengan baik dan mematuhi peraturan-peraturan semasa berada
di pusat sumber.
Laporan
disediakan oleh :
Puan
Rabihah binti Amirudin
No comments:
Post a Comment