Pages

Monday, August 17, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-29 (Sesi Petang)

Hari     : Isnin
Tarikh : 17 Ogos 2015
Masa   : 1.20 Petang - 1.50 Petang

Guru Bertugas :

  1. Pn Yani bt. Mohammad Sharif
  2. Pn Rozimah bt. Yaakob
  3. Pn Norazmira bt. Kadirun
  4. Pn. Ummu A'thiah bt Hj. Hashim
  5. En. Abdul Hafiz b. Abdul Halil
  6. En. Afandi bin Hj. Mat Zain
Laporan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian 3 buah lagu ini dipimpin oleh Pn Salmi Binti Amir.
  • Bacaan Doa oleh adik Arif Arfan bin Abdul Razak dari kelas 3 Surgeri.
  • Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh En Abdul Hafiz b. Abdul Halil.
  • Ikrar murid diketuai oleh Ketua Pengawas sesi petang iaitu adik Nuraneesa Binti Mohd Abdul Aziz.
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas.

Laporan disampaikan oleh Pn Norlida Binti Othman. Antara perkara yang disampaikan ialah :

   2.0 Waktu pertukaran guru waktu mata pelajaran.
  • Beliau mengingatkan murid-murid agar tidak berkeliaran atau membuat bising ketika waktu pertukaran guru mata pelajaran. Terdapat kes murid bergaduh ketika waktu pertukaran guru mata pelajaran.
   2.1    Peraturan di kantin.
  • Beliau mengingatkan murid agar dapat mematuhi peraturan ketika waktu rehat terutama ketika membeli makanan. Murid-murid dikehendaki beratur dan jangan berebut ketika membeli makanan supaya tidak berlaku kes kecederaan seperti yang telah berlaku pada minggu lepas.
   2. 3  Kebersihan dalam kelas.
  • Sikap murid yang gemar membuang sampah merata-rata terutama di dalam kelas. Murid tidak menjaga kebersihan di dalam bilik darjah dan membiarkan kertas-kertas tersebut berselerakan di atas lantai dan di dalam laci meja.
3. Ucapan Guru Bertugas (En Abdul Hafiz b. Abdul Halil)
  • Beliau memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini dan memaklumkan murid untuk berjumpa dengan guru bertugas sekiranya terdapat sebarang masalah.
  • Beliau mengulas mengenai tema pada minggu ini iaitu "Kedaulatan undang-undang". 
  • Beliau menasihati murid agar sentiasa mematuhi  peraturan di sekolah.

4. Penyampaian Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  • Tahun 1
-Uranus
-Aurum
-Elektrum


  • Tahun2
-Tabla
-Nafiri
-Gambus

  • Tahun 3
-Ortopedik
-Obstetrik
-Respiratori

5. LAWAD minggu ini
Bahasa Melayu
-Bermaustatin = menetap
Bahasa Inggeris
-dinner = makan malam
Bahasa Arab
-filfilun = Cili

Guru-guru bertugas minggu ke-29 sesi petang
Murid-murid menyanyi dengan bersemangat
Ikrar Rukun Negara

No comments:

Post a Comment