Seramai 70 orang murid terpilih telah dikumpulkan di Bilik Mesyuarat untuk mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Guru Besar - Pn. Rohaidah. Semoga dapat meniupkan semangat kepada anak-anak murid ini agar lebih serius dalam pelajaran terutama menjelang UPSR yang bakal tiba tidak berapa lama lagi. Tidak mustahil untuk berjaya, asal saja kita rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh. Teruskan mengulangkaji dan menelaah.. Insya Allah pasti cemerlang!
No comments:
Post a Comment