Pages

Wednesday, August 5, 2015

Program Kecemerlangan Lonjakan Saujana di Melaka Tahun 2015

Program Kecemerlangan Lonjakan Saujana Tahun 2015 merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bersama  Penyelaras Tahun 1, 2 dan 3.

Tarikh: 5 Ogos 2015 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 7.00 malam
Tempat: Melaka

Objektif:
1. Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 1, 2 dan 3 dalam meningkatkan prestasi akademik
2. Memperkenalkan kepada murid-murid tempat yang mampu memberi motivasi dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang pekerjaan seperti TLDM
3. Memberi lebih pengetahuan berguna mengenai kehidupan binatang seperti di Muzium Lebah
4.Memberi dan memperkenalkan pusat-pusat pelancongan yang ada di Melaka negeri bersejarah
5.Memupuk sikap untuk terus maju ke hadapan

Atur Cara:
7.30 pagi:   Berkumpul di SKTPP dan sarapan pagi
8.00 pagi:   Bertolak ke Melaka
                  - Muzium Lebah
                  - Menara Taming Sari
                  - Makan tengah hari dan Solat di Masjid Selat
                  - Melaka Rivers Cruise
                  - Muzium Samudera dan TLDM
                  - Medan Samudera
4.30 petang: Bertolak pulang ke SKTPP

Jumlah peserta : 120 orang
Jumlah guru pengiring: 12 orang

Beberapa gambar kenangan murid-murid sepanjang program ini...




Muzium Lebah dan Menara Taming Sari

Melaka River Cruise


Semoga Program Kecemerlangan Lonjakan Saujana ini dapat membina motivasi kepada murid-murid dalam meningkatkan prestasi akademik di samping menambah pengetahuan dalam bidang Sains.
Terima kasih di atas kerjasama dari pihak sekolah dan juga ibu bapa.

No comments:

Post a Comment