Pages

Wednesday, August 12, 2015

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains dan Aquaria di KLCC K.Lumpur

Pada tanggal 12 Ogos 2015, Panitia Sains SK Taman Putra Perdana telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Petrosains dan Aquaria di KLCC, Kuala Lumpur. Seramai 83 orang peserta dari kalangan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang mendapat "A" bagi subjek Sains terpilih untuk mengikuti lawatan sambil belajar tersebut. Turut menjadi guru pengiring dalam lawatan tersebut adalah 6 guru Sains juga seorang wakil guru Kaunseling

Objektif lawatan:
  • Memberi ganjaran di atas usaha murid-murid mengekalkan prestasi "A" bagi subjek Sains dari PKSR dan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
  • Mendedahkan murid kepada pengalaman hands on dan minds on.
  • Mendedahkan murid-murid kepada Dunia Sains dan Teknologi yang amat mengujakan 
  • Merapatkan hubungan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru.
Guru guru pengiring :
1. Pn Norasmawati bt Omar
2. Pn Zailezah bt Sardi
3. Pn Zuraini bt Ismail
4. Pn Maimunah bt Yob
5. Pn Juli bt Mahbah
6. En Kamarul bin Abd Rahman
7. En Ahmad Musrizuan bin Daud.

Jadual Aktiviti:

7.00 - 8.00 pagi :  Sarapan pagi di kantin sekolah
8.00- 9.30 pagi  :  Menaiki bas dan bertolak ke KLCC
9.30- 12.00 tgh  :  Pembelian tiket dan murid beratur masuk ke Petrosains dan mendengar taklimat
                             dari urusetia. 
  •  Menaiki tren dan melalui terowong masa silam
  •  Menjalankan permainan interaktif sains
  •  Menyaksikan eksperimen sains
  •  Menaiki helicopter 6D
  •  Menjelajah ke tapak carigali petroleum yang direka khas.
  •  Menjalani permainan minda 
  •  Keluar dan membeli cenderahati
12.00 -1.50 petang : Makan tengah hari dan solat zohor di Masjid As Syakirin KLCC.
2.00 - 4.00 petang  : Melawat ke Aquaria 
                                 Menyaksikan pelbagai spesies ikan dan bagaimana petugas memberi ikan-ikan
                                 tersebut makan.
                                 Urusetia memberi penerangan tentang saiz dan ketebalan cermin
                                 akuarium pada murid-murid.
                                 Murid-murid diberi kesempatan untuk membeli cenderahati sebagai                                                      kenang-kenangan.
4.30 petang            : Bertolak pulang ke SK Taman Putra Perdana.
5.40 petang            : Selamat sampai.

Gambar kenangan yang diabadikan sepanjang aktiviti :                              




No comments:

Post a Comment