Bulan Bahasa SK TAMAN PUTRA PERDANA berlangsung dari 19
September hingga 16 Oktober 2015. Bulan
bahasa ini adalah merupakan suatu usaha Panitia Bahasa Malaysia SKTPP untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi, bahasa
ilmu dan bahasa sejagat serta wahana perpaduan rakyat.
OBJEKTIF BULAN BAHASA MELAYU
1. Menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran
Bahasa Malaysia
2. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancang
3. Melahirkan individu yang menghayati kesantunan bahasa
serta
4. Mengamalkan nilai-nilai murni yang bertunjangkan Bahasa
Melayu.
Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa
Melayu SK TAMAN PUTRA PERDANA antaranya Tulisan cantik, mencari sisip kata,
membentuk kata, bersajak, serta bercerita untuk Tahap satu manakala pantun, mengarang,
bersajak, vokal tersembunyi, delapan kata, bersyair serta syarahan untuk
pelajar Tahap 2. Jadual di bawah menunjukkan aktiviti yang dirancang sempena
Bulan Bahasa bagi sesi sesi pagi.
AKTIVITI YANG DIRANCANG SEMPENA BULAN BAHASA (sesi pagi)
19 SEPTEMBER 2015
|
MAJLIS PERASMIAN BULAN BAHASA
|
29 SEPTEMBER 2015
(SELASA)
|
PRASEKOLAH - Tulisan Cantik
TAHUN 5 - Mengarang
|
01 OKTOBER 2015
(KHAMIS)
|
PRASEKOLAH - Pantun
TAHUN 4 - Bersajak
|
02 OKTOBER 2015
(JUMAAT)
|
PANTUN TERBUKA
(TAHUN 4, 5, 6)
|
07 OKTOBER 2015
(RABU)
|
PPKI - Vokal Tersembunyi
TAHUN 4 - Ganda Huruf
|
08 OKTOBER 2015
(KHAMIS)
|
PPKI - Permainan Bahasa
TAHUN 5 - Bersyair
|
12 OKTOBER 2015
(ISNIN)
|
TAHUN 6 - Delapan Kekata
|
13 OKTOBER 2015
(SELASA)
|
TAHUN 6 - Syarahan
|
16 OKTOBER 2015
|
MAJLIS PENUTUP
|
Ucapan Pn. Maizaini Bt Muda selaku pengerusi majlis
Ucapan Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK TAMAN
PUTRA PERDANA
Pn Norbaizura Nordin
No comments:
Post a Comment