Pages

Friday, September 18, 2015

Program Bulan Bahasa Melayu (Sesi Petang)

Program Bulan Bahasa adalah satu program tahunan bagi panitia Bahasa Malaysia. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Sehubungan    Program Bulan Bahasa disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Bulan Bahasa SK TAMAN PUTRA PERDANA berlangsung dari 19 September hingga 16 Oktober     2015. Bulan bahasa ini adalah merupakan suatu usaha Panitia Bahasa Malaysia SKTPP untuk             memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa sejagat serta       wahana perpaduan rakyat.

 OBJEKTIF BULAN BAHASA MELAYU
1. Menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Malaysia
2. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
3. Melahirkan individu yang menghayati kesantunan bahasa serta
4. Mengamalkan nilai-nilai murni yang bertunjangkan Bahasa Melayu.

Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK TAMAN PUTRA PERDANA antaranya tulisan cantik, mencari sisip kata, membentuk kata, bersajak, serta bercerita untuk Tahap satu manakala pantun, mengarang, bersajak, vokal tersembunyi, delapan kata, bersyair serta syarahan untuk pelajar Tahap 1. Jadual di bawah menunjukkan aktiviti yang dirancang sempena Bulan Bahasa bagi sesi sesi petang



AKTIVITI YANG DIRANCANG SEMPENA BULAN BAHASA (sesi petang)


TARIKH

AKTIVITI

 1 Oktober 2015

Tahun 1 ( Bercerita)

Masa        : 1.30-2.30 petang
Tempat    : Dewan Perdana


8 Oktober 2015

Tahun 2 ( Bersajak)

Masa        :  1.30-2.00 petang
Tempat    : Dewan Perdana


13 Oktober 2015

Tahun 3 ( Bercerita)

Masa        :   1.30-2.30
Tempat    : Dewan Perdana


                       

Antara gambar-gambar yag dapat dikongsikan sepanjang majlis.

                Pn Jumilah Ahmad  selaku pengacara majlis sedang menyampaikan ucapan dan aluan.
Murid-murid sesi petang begitu tekun mendengar  ucapan.
Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali sedang menyampaikan ucapan sebelum merasmikan
 Program Bulan Bahasa Malaysia.

Upacara perasmian 

Bergambar kenangan selepas majlis perasmian.
      
 Disediakan oleh
Pn Shurhama bt Ahmad

No comments:

Post a Comment