Pages

Friday, September 4, 2015

Program Jom Cakna Literasi dan Numerasi Peringkat Negeri Selangor, 2015

Tanggal 2 - 3 September 2015, telah berlangsungnya Program Jom Cakna Literasi dan Numerasi bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) - Pra Sekolah PPKI, Pemulihan Khas dan PPKI Peringkat Negeri Selangor.  Program ini telah diadakan di Dewan SMA Bandar Baru Salak Tinggi.

Muhammad Danish Akashah b Mohd Ridzuan, dari SKTPP telah terpilih sebagai salah seorang peserta yang mewakili Daerah Sepang.  Beliau mewakili kategori murid pemulihan khas.

Alhamdulillah dan tahniah kepada adik Muhammad Danish Akashah kerana telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan - Peserta Kategori Lelaki Terbaik (Pemulihan).

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.

Danish bersama sebahagian peserta dari 10 daerah yang lain

Fokus mendengar arahan fasilitator

Melengkapkan domino ayat



Teka Silang Kata


Ujian akhir sebelum pemilihan pemenang



Tahniah!!

"Berjaya tanpa DARIH"
"Saya Benci DARIH"


No comments:

Post a Comment