Pages

Monday, January 4, 2016

Pehimpunan Hari Pertama Persekolahan 2016 (Sesi Petang)

Guru Bertugas :
  1. Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji
  2. Pn. Nor Arzah binti Hussin
  3. Pn. Suriyana binti Salim
  4. Pn. Yusnita binti Yunus
  5. Pn. Nor Azian binti Ahmad
  6. En. Wan Mohd. Roswandy bin Wan Ibrahim
Laporan :

1.   Ucapan Pengerusi Majlis, Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji:
          i. Mengalu-alukan kehadiran murid Tahun 1 dan ucapan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Tahun 2 dan 3.
2.   Nyanyian 3 buah lagu yang dipimpin oleh Pn. Salmi binti Amir.
             i)   Lagu Kebangsaan NegaraKu

             ii)  Lagu Negeri Selangor

             iii) Lagu Sekolah

3.  Bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji. 
4.  Bacaan Doa oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Saifful bin Ngabiah.
5.  Ucapan Guru Disiplin sesi Petang, Penolong Kanan Petang, YDP PIBG dan Guru Besar SKTPP.
6.  Memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.
7.  Taklimat Program Transisi Tahun 1 oleh Guru Penyelaras Tahun 1.

Pengerusi Majlis, Pn. Arnny Yusnita Md. Enarji

Pn. Salmi Amir sedang memimpin nyanyian lagu-lagu kebangsaan

Ucapan:

1)  Ucapan Guru Disiplin Sesi Petang, Pn. Nora binti Sabihi:

  •  Murid hendaklah hadir ke sekolah sebelum atau pada 1.10 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan 2.10 petang pada hari Jumaat. Manakala waktu pulang pula, ialah 6.40 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan 6.10 petang pada hari Jumaat.
  • Apabila tiba ke sekolah, murid hendaklah duduk di dewan mengikut barisan kelas masing-masing.
  • Ibubapa diingatkan menghantar dan mengambil anak di Pagar B sahaja kecuali bagi murid berjalan kaki dan menaiki basikal dibenarkan melalui Pagar A.
  • Pakaian hendaklah lengkap. Ada lencana dan tanda nama serta berambut pendek bagi lelaki. Bagi murid perempuan yang memakai tudung hendaklah memastikan tudung kemas dan sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah diikat rapi.
  • Sepanjang minggu transisi berlangsung, bubapa atau penjaga murid tahun 1 diingatkan untuk mengambil anak-anak di gelanggang badminton berhampiran Pagar B, jika keadaan cuaca cerah. Jika hujan, ibubapa dibenarkan mengambil anak di Dewan Perdana. 

2) Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah bt Jamat:

  • Mengalu-alukan kehadiran murid-murid Tahun 1 ke SKTPP
  • Mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Tahun 2 dan 3.
  • Kedudukan murid semasa perhimpunan - Susun atur kedudukan murid semasa perhimpunan adalah seperti yang telah disusun pada hari ini.
  • Ibubapa diingatkan bahawa mereka hanya dibenarkan berada di sekolah pada hari pertama persekolahan sahaja.
  • Mengingatkan murid-murid Tahun 1 dan ibubapa yang hadir bahawa selepas sesi persekolahan tamat, murid akan berkumpul di gelanggang badminton bersebelahan kantin sekolah dan sekiranya hujan, murid akan berkumpul di dewan.

3) Ucapan YDP PIBG, Tn. Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian:

  • Memohon ibubapa untuk menulis nombor telefon yang boleh dihubungi dan menyimpannya di dalam beg sekolah anak masing-masing untuk memudahkan urusan.
  • Memohon ibubapa agar memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru dalam mengurus dan mengawal anak mereka.
  • Ibubapa diminta untuk menghormati guru-guru sesi petang yang diketuai oleh Penolong Kanan Petang dan bersabar dalam segala hal disebabkan jumlah murid Tahun 1 yang ramai pada tahun ini, iaitu seramai hampir 400 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan murid sesi petang mencecah 1000 orang.

4). Ucapan Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali:

  • Mengalu-alukan kehadiran murid-murid Tahun 1 dan para ibubapa ke SKTPP dan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Tahun 2 dan 3.
  • Ucapan terima kasih kepada YDP PIBG SKTPP, iaitu Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian di atas kesudian beliau hadir dan bersama-sama memantau perjalanan hari pertama persekolahan.
  • Mengingatkan ibubapa bahawa mereka hanya dibenarkan berada di sekolah pada hari pertama persekolahan sahaja.
  • Setiap tahun, tema tertentu digunakan untuk kohot kelas. Tema kohot pada tahun ini adalah berteraskan nilai-nilai murni, iaitu Jujur, Intelek, Harmoni, Gigih, Fokus, Efisien, Dedikasi, Cerdik, Bestari dan Arif. Jumlah kelas Tahun 1 pada tahun ini adalah sebanyak 10 buah.
  • Mengharapkan kerjasama yang padu dan jitu antara guru dan ibubapa demi kecemerlangan sekolah.

Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah Jamat

YDP PIBG, Tn. Hj Khairul Azhar turut hadir untuk menyampaikan amanat beliau

Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah Mohd. Ali

Barisan Guru Bertugas pada minggu ini

Program Transisi Tahun 1

Bermula dari 04 Januari 2016 hingga 15 Januari 2016 adalah merupakan minggu Program Transisi Tahun 1. Penerangan secara ringkas berkaitan program ini disampaikan oleh Guru Penyelaras Tahun 1, iaitu Ustaz Saifful bin Ngabiah.

Antara maklumat penting Program Transisi Guru Penyayang Tahun 1 ialah:
1)  Tempoh Pelaksanaan Program : 10 hari (04 Januari hingga 15 Januari 2016)
2)  Murid tidak perlu bawa buku. Hanya perlu bawa alat tulis sahaja. Modul disediakan.
3)  Guna tanda nama sementara yang disediakan. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti yang terdapat di belakang tanda nama tersebut.
4)  Jadual waktu akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi. Pelaksanaan jadual pada 18 Januari 2016.
5)  Ibubapa hanya dibenarkan berada di sekolah pada hari pertama persekolahan.
6)  Waktu persekolahan 2016:
      Isnin hingga Khamis : 1.20 petang hingga 6.40 petang.
     Jumaat : 2.20 petang hingga 6.10 petang.
7)  Pakaian sukan dipakai terus dari rumah untuk matapelajaran  Dunia Muzik dan Pendidikan Jasmani (tidak perlu bawa pakaian seragam sekolah).
8) Memperkenalkan barisan Guru Kelas Tahun 1:

i)     Jujur        - Pn. Maizara binti Mahat
ii)    Intelek     - Pn. Norlida binti Othman
iii)   Harmoni  - Pn. Siti Maziah binti Mohd Tajuddin
iv)   Gigih       - Pn. Nur Malisha binti Omar
v)    Fokus     - Cik Zalina binti Ismail
vi)   Efisien    - Pn. Nor Azian binti Ahmad
vii)  Dedikasi - Pn. Zauiyah binti Ismail
viii) Cerdik    - Pn. Azura Farina binti Abdullah
ix)   Bestari   - Pn. Nor Azlin binti Mohd Nor
x)    Arif         - Pn Azizah binti Abdul Hamid

8) Semoga perjalanan Transisi Tahun 1 pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.

Guru Penyelaras Tahun 1, Ustaz Saifful Ngabiah

Antara gelagat murid-murid Tahun 1 yang berjaya dirakam oleh lensa kamera pada hari pertama persekolahan;





Selamat Melangkah Ke Alam Persekolahan untuk murid-murid Tahun 1...
dan Selamat Kembali Ke Sekolah buat murid-murid Tahun 2 dan 3!!!
Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan...
Semoga Kejayaan Mengiringi Setiap Langkah Perjalanan..

Disediakan oleh;
Nor Azian binti Ahmad

No comments:

Post a Comment