Pada
30 Januari 2016, Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12 telah diadakan mengikut agenda yang ditetapkan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Helmy bin Arshad, Yang Dipertua PIBG SK Taman Seroja.
Mesyuarat Agung Tahunan ini bertujuan untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetuskan idea yang bernas demi menjana kemajuan dan meningkatkan akademik, disiplin dan kokurikulum di sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru. Semoga jaringan erat yang terbentuk antara ibu bapa dan pihak sekolah menjadi pemangkin kepada SKTPP untuk menempa kejayaan dan kegemilangan sepanjang tahun 2016.
Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung :
|
Pendaftaran ibu bapa dan guru |
|
Kaunter wakaf surau |
|
Guru-guru sedang menjalankan tugas masing-masing |
|
Barisan tetamu yang hadir |
|
Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali |
|
Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian |
|
Ucapan perasmian Yang Berbahagia Tuan Haji Helmy bin Arshad |
|
Persembahan murid |
|
Mesyuarat Agung PIBG sedang berlangsung |
|
AJK PIBG SK Taman Putra Perdana Sesi 2016/2017 |
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
No comments:
Post a Comment