Pages

Monday, February 29, 2016

Permohonan Kemasukan Kanak-Kanak (Warganegara) Ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2017 Dan 2018 Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Selangor Secara Atas Talian (Online)

Laman Sesawang :
public.moe.gov.my

Tarikh Daftar Online :
1 Mac hingga 30 April 2016

Tahun Kelahiran :
Sesi Persekolah 2017 – Lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011
Sesi Persekolahan 2018 – Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012

Tindakan Ibu/Bapa/Penjaga :
Setelah daftar online, sila hadir ke sekolah untuk perakuan permohonan
dan bawa dokumen berikut (asal dan salinan) :
1. Borang Daftar Online
2. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat
3. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga
4. Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan
5. Surat Cerai dan Perintah Hak Jagaan Anak (Hadhanah/Custody)                     
6. Bil TNB / Syabas (sebagai bukti tempat tinggal
7. Surat pengesahan majikan / surat akuan ketua kampung jika bekerja sendiri
8. Sampul surat beralamat sendiri saiz 7’’ x 10’’ (18 cm x 25 cm) & setem RM0.70
                                                                                    
*Nota tambahan:
Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 15 Januari 2011 layak memohon kemasukan awal ke tahun satu dengan mengemukakan permohonan secara manual ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mulai 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016






Image result for gambar kartun pendaftaran sekolah tahun satu






No comments:

Post a Comment