Semua ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 1 - 6 serta PPKI diharap dapat menjelaskan bayaran Sumbangan PIBG 2016 yang berjumlah sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga dengan seberapa segera yang boleh. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk menampung kos-kos program melibatkan murid, membaiki kerosakan fizikal, menambahbaik kemudahan di sekolah dan seumpamanya.
Diharapkan agar semua ibu bapa dan penjaga dapat melunaskan tanggungjawab tersebut demi memastikan segala perancangan aktiviti yang diatur oleh PIBG dan sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan serta lancar. Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment