Pages

Monday, April 18, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15 (Sesi Pagi)

Tarikh                    : 18 April 2016
Hari                       :  Isnin
Masa                     :  7.30 - 8.25 pagi
Tempat                  :  Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis     :  Khairulnnisa Balqis bt Hamidi

Guru Bertugas
1. En. Srimahathevan a/l Vadivelu (K)
2. Pn. Hasliza bt Said
3. Pn. Jamilah bt Mohd Yusof
4. Pn. Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal
5. Pn. Noor Hayati bt Yusof
6. Pn. Roslinda bt Mansor
7. Pn. Nik Kamisah bt Mohamad Aziz
8. Pn. Nurulhuda bt Yaacob

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Puan Astina bt Mahad Nor.
  • Bacaan doa oleh Muhammad Aminurasyid
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dipimpin oleh Pn. Noor Hayati bt Yusof
  • Bacaan Ikrar murid oleh Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir.
Pengacara majlis (Khairulnisa Balqis)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En. Zurilazman)
1. Secara keseluruhan pada minggu lepas kebersihan pada tahap yang baik.
2. Masih ada murid yang tidak tutup suis kipas dan lampu semasa keluar kelas. Harap tidak berulang.
3. Murid perlu bergerak turun cepat ke perhimpunan selepas dengar bunyi loceng. Tidak perlu menunggu arahan guru.
4. Kejadian murid lewat hadir ke sekolah sering berulang. Harap murid hadir awal ke sekolah sebelum 7.20 pagi.

Laporan Keceriaan Kelas

PPKI
Tempat pertama - Dell
Tempat ke-2      - Apple
Tempat ke-3      - Compaq

Tahun 4
Tempat pertama - Ortopedik
Tempat ke-2      - Patologi
Tempat ke-3      - Radiologi

Tahun 5
Tempat pertama - Uranus
Tempat ke-2      - Utarid 
Tempat ke-3      - Pluto

Tahun 6
Tempat pertama - Theta
Tempat ke-2      - Gamma
Tempat ke-3      - Lamda





Penyampaian Hadiah Acara Olahraga Peringkat Negeri Selangor

Murid bernama Mohd Nabil Qayyum telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSS di SMK USJ 23 peringkat negeri Selangor dan berikut merupakan keputusannya:

Acara 100m      -  tempat ke-3
Acara 4x100m  -  tempat ke-3
Acara 4x200m  -  tempat ke-2


Mohd Nabil Qayyum

Ucapan Guru Bertugas (Pn. Noor Hayati bt Yusof)
Tema : Budaya memberi salam
1. Kita perlu mengamalkan budaya memberi salam sesama umat manusia.
2. Semua murid perlu memberi salam kepada guru di sekolah sebagai tanda menghormati mereka.
3. Sekolah kita selalu dikunjungi oleh pelawat selepas dinobat Johan peringkat negeri Selangor bagi Bilik Sumber PPDa. Dengan itu, sekiranya terjumpa pelawat harap memberi salam sebagai tanda hormat kepada mereka.
4. Di rumah juga murid-murid perlu mengamalkan budaya memberi salam kepada ibu bapa dan orang yang lebih tua.

Perkataan LAWAD
BM :  Proaktif - Melakukan tindakan dengan awal
BI   :  Edge - Sisi tepi
BA  :  Thoyaaraton - Juruterbang


Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (En. Ahmad Fuadi bin Sarham)
1. Mulai hari ini, semua murid mesti memiliki buku catatan.
2. Murid perlu mengamalkan budaya membaca dan hafal sifir khususnya murid tahun 6. Masih ramai lagi murid tidak menguasai sifir.
3. Sebelum hadir ke sekolah murid perlu bersarapan dan jangan datang dengan perut yang kosong. Ini bagi mengelakkan masalah kesihatan di sekolah.
4. Murid perlu amalkan nilai hormat dan patuh arahan guru.
5. Tidak lama lagi akan tiba bulan Ramadan dan masa untuk berpuasa. Sesiapa yang masih belum ganti puasa harap dapat berbuat demikian dengan segera.


Ucapan PK Pentadbiran

Aktiviti 5 minit SUPERVAKS (Pn. Juli bt Mahbah)

Dipimpin oleh Pn. Juli 
Program SUPERVAKS

No comments:

Post a Comment