Amalan Guru Penyayang telah memasuki bulan ketiga pelaksanaannya bagi tahun 2016. Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid juga telah menjadi satu budaya berterusan yang menjadi amalan guru-guru di sekolah ini.
Aktiviti yang dilakukan ini menjadi satu batu loncatan untuk membina semangat positif dalam kalangan murid-murid SK Taman Putra Perdana. Seterusnya mewujudkan perasaan gembira untuk hadir ke sekolah pada setiap hari. Ini kerana kehadiran mereka akan disambut oleh guru-guru yang berbeza dan membuatkan mereka rasa dihargai kerana hadir ke sekolah.
Guru-guru yang telah ditugaskan akan berada di Pagar A dan B selama 20 minit sebelum bermulanya waktu persekolahan sesi pagi dan petang. Semoga usaha yang dijalankan ini akan membantu murid-murid lebih bersemangat dan seronok untuk hadir ke sekolah.
Berikut adalah beberapa detik-detik manis yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid bagi bulan Mac dijalankan.
Sesi Pagi
No comments:
Post a Comment