Pages

Thursday, April 21, 2016

Program Motivasi Anak Cemerlang & Teknik Menjawab Tahun 5 2016

Setelah 3 hari berlangsung, maka hari ini telah berakhir satu program yang diadakan khas untuk semua murid Tahun 5. Program Motivasi Anak Cemerlang & Teknik Menjawab Tahun 5, 2016 ini telah diadakan pada 19 hingga 21 April 2016 (Selasa hingga Khamis). Memandangkan jumlah murid Tahun 5 yang ramai iaitu lebih kurang 297 orang, Dua lokasi telah dipilih bagi menjalankan program ini iaitu di Bilik Mesyuarat dan di Dewan Perdana.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk :

  • Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
  • Mewujudkan sikap kerjasama dan tolak ansur sesama ahli pasukan dalam usaha mencapai kejayaan.
  • Mendapat motivasi dan berusaha membuat persediaan awal bagi menghadapi UPSR 2017.
  • Membina matlamat yang jelas bagi mencipta kecemerlangan diri dari segi sahsiah dan akademik

  Bersama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung..

 Buku Program

 Ceramah Motivasi Anak Cemerlang oleh Ust. Khalil bin Razak

 Para peserta menumpukan perhatian kepada ceramah motivasi

 Sebahagian peserta tersentuh dengan pengisian ceramah

 Teknik menjawab BM, disampaikan oleh Cik Roslinda (19 April/ Selasa)

Teknik menjawab BM oleh Cg Tarmiji

 Teknik menjawab MT disampaikan oleh Pn. Norrina (20 April/ Rabu)

 Teknik menjawab MT di Dewan Perdana oleh Pn. Arjunawati

 Teknik menjawab MT di Bilik Mesyuarat

 Ceramah teknik menjawab BI di Bilik Mesyuarat (21 April/ Khamis)

 Pn. Azura menyampaikan ceramah teknik menjwab BI

Pn. Norhana menyampaikan teknik menjawab BI di Dewan Perdana

 Para peserta memberi tumpuan terhadap ceramah teknik menjawab BI

 Sesi bacaan doa sebelum ceramah teknik menjawab sains di Dewan Perdana (21 April/ Khamis)

 Pn. Zailezah menyampaikan ceramah teknik menjawab sains di Dewan Perdana

Ceramah teknik menjawab sains di Bilik Mesyuarat oleh Pn. Julaili






No comments:

Post a Comment