Tarikh : 23 Mei 2016
Hari : Isnin
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP
Hari : Isnin
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP
GURU-GURU YANG BERTUGAS
1. Encik Ahmad Musrizuan bin Daud (Ketua)
2. Pn. Nor Shuhada binti Mohd Noor
3. Pn. Norliza binti Ali @ Yasim
4. Pn. Norfauziaton binti Ali Mohamed
5. Pn. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6. Pn. Zailezah binti Sardi
7. Pn. Norbaizura binti Nordin
8. Pn. Nor Hasimah binti Samarin
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
·
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan
lagu sekolah.
·
Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi
(6 Zeta).
·
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan
Raya dipimpin oleh Pn. Nor Shuhada binti Mohd Noor.
·
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Asyraaf
Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta).
Laporan / ulasan guru
bertugas minggu lepas (Pn Nurliza binti Ab Rahman)
Beliau menyentuh mengenai isu disiplin murid :
- Murid-murid diminta menggunakan gelas yang disediakan untuk meminum air dari ‘water cooler’ bagi menjamin kebersihan.
- Murid-murid dinasihatkan agar tidak berkeliaran selepas loceng tamat rehat berbunyi. Murid-murid sepatutnya beratur di Dewan Perdana.
- Murid-murid dinasihatkan agar tidak membuang sampah di merata tempat.
- Kelas kotor kerana sampah tidak dibuang. Murid-murid diminta membersihkan kelas bersama dengan murid yang bertugas.
- Murid-murid diingatkan agar menutup lampu dan kipas di dalam kelas apabila bergerak ke bilik-bilik khas atau keluar rehat.
Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas :
PPKI - Tempat Pertama : Dell
Tempat Kedua : Compaq
Tempat Ketiga : Apple
Tempat Kedua : Compaq
Tempat Ketiga : Apple
Tahun 4 - Tempat Pertama : Orthopedik
Tempat Kedua : Patologi
Tempat Ketiga : Kardiologi
Tahun 5 - Tempat Pertama : Utarid
Tempat Kedua : Uranus
Tempat Ketiga : Zuhal
Tempat Kedua : Patologi
Tempat Ketiga : Kardiologi
Tahun 5 - Tempat Pertama : Utarid
Tempat Kedua : Uranus
Tempat Ketiga : Zuhal
Tahun 6 - Tempat Pertama : Theta
Tempat Kedua : Gamma
Tempat Ketiga : Omega
Tempat Kedua : Gamma
Tempat Ketiga : Omega
Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Nor Shuhada binti Mohd Noor)
·
Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
·
Lawad : Bahasa Malaysia – Penanda aras bermaksud
sesuatu yang dijadikan tanda untuk mengukur sesuatu
Bahasa Inggeris – bounce
bermaksud melantun
Bahasa Arab – I’nabun bermaksud anggur
· Tema minggu
ini ialah Kepentingan Hidup Berdisiplin.
Disiplin dapat ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan, patuh pada
tatatertib atau peraturan. Murid-murid
yang berdisiplin adalah murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Wujudnya
peraturan di sekolah adalah bertujuan melatih murid-murid supaya berdisiplin
dan mematuhi peraturan-peraturan di sekolah. Pentingnya hidup berdisiplin dalam
diri murid-murid adalah untuk membentuk sahsiah diri yang baik seterusnya
melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Ucapan Guru Besar
Puan Hajah Rohaidah mengucapkan syukur kerana di minggu terakhir penggal
sesi persekolahan, murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan penuh bersemangat.
Beliau mengingatkan murid-murid tentang Program Hari Jalinan Mesra yang
akan diadakan pada hari Khamis, 26 Mei 2016. Sesi pagi bermula 8.00 pagi hingga
12.00 tengah hari dan sesi petang bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Murid-murid dibenarkan pulang bersama ibu-bapa. Beliau berharap semua ibu bapa
dapat hadir dan dalam masa yang sama, murid-murid perlulah menjaga tingkah laku pada hari
tersebut. Semoga murid-murid mengingatkan ibu bapa agar dapat menjelaskan sumbangan PIBG agar program-program yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya serta
menguar-uarkan tentang sumbangan bagi membina wakaf surau.
Selain itu, Puan Guru Besar juga mengingatkan murid-murid bahawa sekolah
akan mula bercuti selama dua minggu bermula 28 Mei 2016 hingga 12 Jun 2016.
Namun murid-murid Tahun 6 perlu menghadiri kelas tambahan bermula Isnin hingga
Khamis, 30 Mei hingga 2 Jun 2016. Beliau memberi motivasi agar
murid-murid Tahun 6 bersemangat untuk belajar dan hadir ke kelas tambahan.
Beliau turut berpesan agar sepanjang cuti, murid-murid menjaga keselamatan diri
masing-masing walau di mana sahaja berada.
Puan Guru Besar berpesan bahawa apabila murid kembali memulakan persekolahan,
bulan Ramadan telah bermula. Beliau berharap semoga semua murid sesi pagi
berpuasa. Pada bulan Ramadan murid sesi pagi akan pulang seperti biasa
manakala murid sesi petang akan pulang pada pukul 5.30 petang.
Beliau memaklumkan, pada hari Sabtu, 28 Mei 2016, Karnival Amal Sekolah
Rendah Islam Nur Hikmah akan diadakan bertempat di SK Taman Putra Perdana.
Karnival akan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Murid-murid
dan warga Taman Putra Perdana dijemput hadir memeriahkan karnival tersebut,
membeli sambil menderma kepada Sekolah Rendah Islam Nur Hikmah.
Beliau turut mengingatkan murid-murid bahawa SK Taman Putra Perdana akan
mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan bagi pertandingan Bilik Sumber PPDa. Sekolah
telah merancang untuk mengadakan projek khas yang telah ditetapkan oleh
kementerian. Projek khas, Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" akan diadakan pada 7
Ogos 2016. Murid-murid digalakkan menyertai program ini dan merasai pengalaman menarik
dan luar biasa berbanding acara-acara larian yang lain. Murid-murid juga diharapkan dapat menyebarkan maklumat
berkenaan program ini kepada ibu bapa dan rakan masing-masing agar dapat
menarik lebih banyak penyertaan.
Akhir kata, Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada murid-murid SK
Taman Putra Perdana kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai
bidang sama ada Kurikulum, Kokurikulum atau HEM. Sekalung tahniah buat Nabil,
Kamarul dan Saf kerana terpilih mewakili daerah Sepang bagi pertandingan bolasepak
MSSS.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas |
Antara Pemenang Pertandingan Keceriaan Kelas |
Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini |
Puan Guru Besar Menyampaikan Ucapan |
Murid-murid Khusyuk Mendengar Ucapan Guru Besar |
No comments:
Post a Comment