Pages

Monday, July 11, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-25 (Sesi Petang)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 11 Julai 2016
Masa    : 1:20 - 1:50 petang

Guru bertugas:
  1. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  2. Pn. Salmi bt Amir
  3. En. Saifullah bin Mat Saupi
  4. Cik Zalina bt Ismail
  5. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  6. En. Rusmami bin Rusly

Barisan guru yang bertugas minggu ini
Laporan / Ulasan
1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
a. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi


 b. Bacaan doa oleh pengawas


 c. Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Zalina
 d. Ikrar Murid



2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Nazahiyah)

  • Kebersihan kelas perlu ditingkatkan. Murid-murid hendaklah memastikan keadaan di dalam kelas mereka bersih. 
  • Murid-murid perlu peka pada loceng yang berbunyi. Pastikan waktu rehat digunakan untuk makan dan minum dan tidak bermain. Masih ada murid yang baru membeli makanan ketika loceng rehat berakhir telah berbunyi.
  • Guru mengingatkan murid supaya tidak bermain di surau. Selesai solat pastikan terus pulang ke kelas.
3. Tema minggu ini

  • Hormat menghormati adalah amalan yang mulia.
  • murid-murid perlu menghormati orang yang lebih tua.
  • Antara amalan hormat-menghormati ialah menjaga petuturan, sentiasa memberi senyuman dan ucap selamat.
  • Berkelakuan baik dan bersopan serta tidak mementingkan diri.


Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 1:50 petang

No comments:

Post a Comment