Pages

Friday, July 29, 2016

Program SUPERVAKS Kali Ke-4 Tahun 2016

Alhamdulillah..hari ini bermula pukul 9.50 pagi hingga 11.50 pagi semua murid Tahun Enam sekali lagi menyertai Program SUPERVAKS. Ini adalah kali ke-4 dan terakhir program SUPERVAKS dilaksanakan khas untuk semua murid Tahun Enam di SK Taman Putra Perdana.

VAKS adalah singkatan dari 4 perkataan iaitu Visual, Auditori, Kinestetik dan Spirit.VAKS adalah suatu program yang memberi penekanan kepada 4 saraf utama dalam diri manusia. VAKS adalah suatu aktiviti rangsangan 4 saraf utama iiatu Saraf Visual (saraf penglihatan), Saraf Audiotori (saraf pendengaran), Saraf Kinestetik (saraf pergerakan dan sentuhan) dan Saraf Spirit (saraf hati). Aktiviti ini telah dilaksanakan bermula bulan April 2016.

Semoga program ini akan memberi impak yang positif kepada semua murid Tahun Enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada awal September nanti.

Berikut adalah paparan gambar yang diambil semasa aktiviti:
         Pengacara Majlis: Cik Roslinda                                                                                              Penceramah SUPERVAKS
                                                   
Aktiviti SUPERVAKS

Ayat positif kali ini "Saya Fokus Saya Bagus'



Barisan guru-guru yang turut serta 
Bersama Guru Besar SKTPP, Penceramah dan Guru Bimbingan&Kaunseling

No comments:

Post a Comment