Sebelum mereka layak menyertai bengkel ini peserta terbabit telah pun menjalani beberapa siri bengkel / kem mulai tahun 2015 di Kem Princess Haliza. Tahun 2016 di SK Taman Cuepac, di SMK Dato Abu Bakar Baginda dan berakhir di Rumah Pandu Puteri.
Pada setiap bengkel yang dihadiri, ahli Pandu Puteri Tunas dikehendaki menyiapkan Log peribadi dan Log Kecekapan. Sebelum mereka layak dinilai oleh penguji, ahli Pandu Puteri Tunas perlu menyiapkan 9 Log kecekapan mengikut syarat yang telah dinyatakan beserta dengan gambar aktiviti dan penilai. Hasil kerja keras pemimpin dan ahli Pandu Puteri sendiri lapan orang calon Daerah Sepang telah LULUS dan mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
Sehubungan itu kesemua lapan ahli Pandu Puteri Daerah Sepang telah layak ke peringkat kebangsaan di mana log kecekapan mereka akan dinilai sekali lagi pada 21 September 2016. Seterusnya lapan ahli Pandu Puteri Tunas ini juga berpeluang menghadirkan diri pada hari penganugerahan atau sambutan 100 tahun pergerakan Pandu Puteri yang akan diadakan di Gambang pada bulan November nanti. Pada majlis ini juga akan diumumkan keputusan "Anugerah Princess"
Puan Sri Aisha binti Haji Samsudin, selaku Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor telah hadir menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang serta merasmikan majlis penutup bengkel ini.
TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI PANDU PUTERI TUNAS!
Hurin Batrisyia menerima sijil penyertaan
Amirah Syazana menerima sijil penyertaan
Lapan orang ahli Pandu Puteri Daerah Sepang
Peserta bengkel bergambar bersama Puan Sri Aisha
No comments:
Post a Comment