Pages

Wednesday, August 3, 2016

Jamuan Hari Raya Aidilfitri KKGK

Alhamdulillah sempena penutup bulan Syawal tahun ini, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP telah mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri yang serba sederhana namun tetap meriah. Majlis yang diadakan di Gelanggang Badminton di sebelah kantin sekolah ini turut dihadiri oleh YDP PIBG dan pengurus syarikat pembersihan sekolah.
   Terima kasih banyak buat semua guru atas sumbangan juadah potluck yang disediakan bersama-sama. Terima kasih juga kepada para penyumbang yang telah bermurah hati menyumbang kewangan dan makanan. Antara menu yang lazat itu adalah satay, lemang dan rendang, nasi impit dan kuah kacang, laksa, rojak, mee bandung, mihun sup, roti jala, buah-buahan, kuih-muih dan aiskerim.
   Guru Besar mewakili KKGK telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat guru-guru yang bertukar iaitu Pn. Noor Hafizan (Jea) yang telah bertukar ke SK Taman Putra Perdana 2. Suami Jea, En. Shahrizal PK Kokurikulum SKTPP telah menerima hadiah tersebut bagi pihak Jea. Ustaz Zainudin yang bertukar ke Pahang juga tidak hadir untuk menerima cenderamata dari KKGK. Semoga kalian berbahagia di sekolah baru.
   Adalah diharapkan majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara sesama guru dan staf sekolah serta PIBG dan syarikat yang berkhidmat di sekolah. Semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan maaf zahir batin...











Jasamu dikenang Jea...

No comments:

Post a Comment