Pada 22hb Ogos 2016 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Bersama Blink Book PTS. Program anjuran PTS dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah ini merupakan sesi jelajah sekolah oleh pihak Blink Book PTS ke sekolah-sekolah yang terpilih untuk memperkenalkan buku-buku baharu yang dihasilkan oleh penulis Blink Book.
Matlamat utama program ini adalah untuk menarik minat dan memupuk minat membaca dalam kalangan warga sekolah terutamaya murid-murid demi menambah ilmu pengetahuan.
Beberapa aktiviti telah disediakan seperti Pelancaran Maskot Milo, Kembara NILAM, pameran dan jualan buku. Diharapkan aktiviti ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan murid sambil berhibur secara tidak langsung dapat menghilangkan segala tekanan dalam diri murid-murid sekolah ini.
Antara gambar-gambar yang dirakam sekitar majlis berlangsung.
Sesi pagi
Maskot Milo bersiap sedia untuk diperkenlkan kepada warga SKTPP |
Perarakan oleh pasukan kompang sekolah yang dilatih oleh Puan Astina mengiringi maskot. |
Maskot dibantu oleh En.Hafiz untuk bergerak ke pentas. |
Puan Nurliza binti Ab Rahman selaku pengacara majlis yang ceria dan petah, |
Pn Hajah Rohaidah, Guru Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian. |
Guru Besar menandatangan pada kotak sebagai simbolik perasmian. |
Adik Syakir menerima sebuah buku daripada wakil PTS kerana berjaya menjawab soalan yang dikemukakan. |
.Barisan guru sabar menanti bermulanya program |
Murid-murid Prasekolah turut bergambar kenangan bersama Milo |
Seramai 50 orang murid yang membaca buku paling banyak bergambar dengan maskot |
Barisan Pengawas sesi pagi juga merakam gambar kenangan bersama Milo |
Murid-murid dan guru-guru PPKI tidak ketinggalan bergambar bersama maskot Milo. |
Adik Alia Fariha mendeklamasi sajak bertajuk Merindui Buku.
Bergambar kenangan bersama maskot Milo
Sesi Petang
Gimik pelancaran disempurnakan oleh Puan Rohaidah
Persembahan deklamasi sajak oleh adik Zuhri Zayyan dan Rayyan Hayl.
Barisan pengawas Pusat Sumber sesi petang
Barisan guru dan pentadbir bergambar kenangan bersama maskot Milo
Barisan pengawas sekolah turut bergambar bersama Milo |
Murid-murid tahun 3 mengabdikan kenangan bersama Milo
No comments:
Post a Comment