Pages

Monday, November 14, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-42 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh : 14 November 2016
Masa : 1.20 – 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru Betugas :

 1.      En. Ahmad Junaidi bin Abdullah
2.       Pn. Nor Maziah binti Abd. Malek
3.       Pn. Norazah binti Mohd Ali
4.       Pn. Fadhilah binti Talib
5.       Pn. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin
6.       Pn. Zauiyah binti Ismail

LAPORAN 

 1.        Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi bt Amir.
2.       Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril (3 Tabla).
3.       Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin.
4.       Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Aleef Qawiem bin Arzeky (3 Kompang).
5.       Memperkenalkan barisan guru yang bertugas. 

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS - PN. SALMI AMIR

↝  Pn. Salmi mengingatkan murid-murid supaya lebih berdisiplin.  
↝  Murid diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak berlari terutama ketika hari hujan. Lantai yang basah dan licin ketika hujan boleh menyebabkan murid mudah terjatuh dan mengakibatkan kecederaan.
↝  Pn. Salmi juga menegur tentang peratus kehadiran yang kian merosot.

UCAPAN GURU BERTUGAS – PN. SITI MAZIAH 

1.     Pn. Siti Maziah memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.

2.   Ucapan tema : Aktiviti semasa cuti. 

↝  Pn. Siti Maziah mengingatkan murid-murid agar mengisi masa cuti mereka sama ada cuti hujung minggu mahupun cuti akhir tahun yang tidak berapa lama lagi dengan aktiviti- aktiviti berfaedah. 

↝  Waktu cuti boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti gotong-royong bersama keluarga, beriadah, mengikuti kem-kem cuti sekolah, melancong dan melawat tempat-tempat menarik dan lain-lain. 

↝  Aktiviti-aktiviti sebegini bukan sahaja memberi pelbagai pengalaman menarik, malah dapat memupuk disiplin dan semangat jati diri. 

↝  Walau bagaimanapun, beliau turut mengingatkan murid-murid agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang masa.  

3.  Perkataan Lawad pada minggu ini adalah:

     ↝  Bahasa Malaysia : Menguli - Meramas / menggaul / mengadun
     ↝  Bahasa Inggeris  : Bakery - Kedai roti
     
UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PETANG – PN. JUMILAH BT. AHMAD

↝  Pn. Jumilah mengingatkan murid-murid  tentang sambutan Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum yang akan diadakan pada hari Selasa 15 November 2016.  

↝  Sesi persekolahan akan berlangsung pada sebelah pagi sahaja.

↝  Murid-murid yang terlibat diingatkan sekali lagi untuk hadir pada sesi pagi.

↝  Pn. Jumilah mengingatkan sekali lagi agar murid-murid lebih berdisiplin sepanjang berada di sekolah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis perhimpunan berlangsung.

Barisan guru yang bertugas 

Pn. Siti Maziah mengacarakan majlis,  

Bacaan doa diikuti ikrar yang dipimpin oleh pengawas yang bertugas.

Pn. Salmi memimpin nyanyian, selain turut menyampaikan laporan bertugas pada minggu lepas  

Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Jumilah Ahmad  

No comments:

Post a Comment