Pages

Monday, January 16, 2017

Laporan Pehimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Petang)

Hari                    : Isnin
Tarikh                 : 16 Januari 2017
Masa                  : 1.20 - 2.20 petang
Pengacara Majlis : Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji

Guru Bertugas :
1) En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2) Pn. Arrny Yusnita binti Md Enarji
3) Pn. Nor Arzah binti Hussin
4) Pn. Nor Azian binti Ahmad
5) Pn. Yusnita binti Yunus
6) En. Mohd Najib bin Sapari

Laporan/ulasan

a) Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.

Pn. Salmi sedang memimpin nyanyian lagu-lagu

b) Bacaan Doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf bin Mohd Kamarol Hisham.

Bacaan Ikrar oleh Mohd Shafiq Ahnaf

c) Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Arnny Yusnita.


d) Laporan Guru Bertugas Minggu ke 2, Pn. Salmi Amir.
 i) Masih terdapat murid yang berlari-lari di kawasan sekolah terutama sewaktu sebelum perhimpunan harian.
ii) Didapati ada murid yang memanjat pokok yang terdapat di kawasan dataran perhimpunan.
iii) Sewaktu rehat, murid mesti berada di kantin sekolah.

e) Memperkenal barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke-4 (16 Januari hingga 19 Januari 2017).

Barisan guru bertugas minggu ke 4

f) Tema Minggu Ini : Visi dan Misi PPDa.
i) Taklimat Ringkas Mengenai DARVIH
Maksud DARVIH : Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV/AIDS
Slogan DARVIH : Kami Benci DARVIH
ii) Visi dan Misi PPDa
Visi PPDa : Sekolah Bebas Dadah
Misi PPDa: Melahirkan Murid Bebas Dadah Melalui Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Yang Bersepadu dan Menyeluruh Daripada Aspek Pengurusan Dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah.

g) LAWAD minggu ini :
i)   BM : menekan = mendesak/menindih
ii)  BI   : pupil = student
iii) BA : kitabun = buku teks 

h) Taklimat Disiplin oleh Guru Disiplin Sesi Petang, En. Ahmad Junaidi.
i)  Murid-murid akan selalu diingatkan tentang disiplin kerana sikap manusia yang mudah lupa. Walaupun sentiasa diingatkan namun tetap berulang dan berlaku perkara yang sama. Diharap murid akan sentiasa mematuhi peraturan
ii)  Orang yang berjaya adalah orang yang berdisiplin kerana disiplin adalah untuk diri sendiri dan bukannya untuk orang lain
iii) Diharapkan murid-murid tidak lupa setiap pesanan dan ingatan yang telah disampaikan.
 
Guru Disiplin Sesi Petang, En. Ahmad Junaidi

Pada petang ini juga berlangsungnya Majlis Pelancaran Guru Penyayang bagi tahun 2017 untuk sesi petang. Majlis yang diacarakan oleh Pn. Nor Arzah telah diserikan dengan ucapan oleh Puan Hajjah Rohaidah Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana, yang turut merasmikan majlis yang ringkas tetapi menarik ini.

Pn. Hajjah Rohaidah sedang menyampaikan ucapan

Pelancaran Program Guru Penyayang

Kek yang disediakan khas untuk Majlis Perasmian Program Guru Penyayang

Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 Sesi Petang ditangguhkan pada jam 2.20 petang.

Disediakan Oleh,
Nor Azian binti Ahmad
Guru Bertugas Kumpulan C

No comments:

Post a Comment