Majlis penyerahan watikah
pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas tahun 2017 bagi sesi
petang telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 6 Februari 2017 jam 8.00 petang. Penyerahan watikah ini telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Sarjan Mustapa bin Aman, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.
Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas merupakan jawatan penting dan boleh dikatakan sebagai tulang
belakang dalam membantu meringankan guru kelas dalam hal-hal tertentu. Dua
orang tenaga cilik setiap kelas ini wajar diberi pengiktirafan selayaknya.
Maka, pada hari ini, sebanyak 53 orang Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
dari sesi pagi telah menerima watikah pelantikan daripada pihak sekolah.
Antara objektif
penyerahan watikah ini adalah :
- Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
- Semoga dengan perlantikan ini, semua Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang telah dilantik dapat menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu. ,
Akhir kata, pihak sekolah
berharap jawatan yang digalas dapat melatih Ketua Kelas dan Penolong Ketua
Kelas agar menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat
kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara
seterusnya.
Gambar-gambar menarik sepanjang majlis ini berlangsung :
No comments:
Post a Comment